TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

GURU-GURU DI MALAYSIA TERNYATA ANTARA GURU YANG PALING BERDEDIKASI DI DUNIA!

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Sejenak memikirkan siapa kita hari ini, pasti terkenangkan pengorbanan guru-guru yang berpenat lelah mengajar dan mendidik kita suatu masa dahulu bukan?

Jangan terkejut jika dikatakan, ara guru di Malaysia adalah antara guru-guru yang paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar-pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pelajar tahun akhir jurusan pendidikan di Cambridge Assessment International Education telah melaporkan sebuah kajian mengenai kesungguhan guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid, melalui akhbar tempatan, The Star.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam laporan Global Education Census 2018 melibatkan 10 buah negara seperti Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Daripada keseluruhan responden, seramai 477 murid dan 634 guru dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Antara kriteria yang terlibat dalam kaji selidik seperti pembelajaran dalam kelas, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan teknologi dalam pelajaran dan pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum, aspirasi murid dan motivasi guru.

Daripada hasil kajian tersebut mendapati 3 daripada 4 orang guru akan mengadakan kelas tambahan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran demi memastikn murid menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.

Usaha ini pastinya melayakkan guru-guru di Malaysia diiktiraf sebagai antara guru paling beredikasi di dunia. Tahniah kepada guru-guru di Malaysia.