TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

E-Book Percuma PNM Untuk Dibaca Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
ebook-percuma-pnm

E-Book Percuma PNM Untuk Dibaca Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pasti ramai yang berada di rumah saat ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan bukan?

Selain daripada menonton cerita di televisyen dan berinteraksi di media sosial, apa kata isi masa lapang dengan membaca ribuan buku ebook (ebuku) yang terdapat di laman Perpustakaan Negara Malaysia. Cuti sekolah tidak perlu diganti, namun kita harus isikannya dengan aktiviti berguna, betul tak?

 

Ebook Percuma PNM 

Sila ikut langkah-langkah seperti berikut:

 

Langkah 1

Layari laman web pnm.elib.com.my. Laman ini boleh dilayari menggunakan laptop, komputer atau peranti mudah alih yang mempunyai talian internet.

step-1-pnm

 

Langkah 2

Bagi mereka yang pertama kali menggunakan laman web ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik menu register dan masukkan maklumat yang diperlukan.

step-2-pnm

 

Langkah 3

Setelah mendaftar anda boleh klik menu Login dan log masuk menggunakan username dan kata laluan yang telah dicipta sebelum itu. Jika anda lupa kata laluan boleh klik pautan lost your password untuk reset kata laluan anda.

step-3-pnm

 

Langkah 4

Sebaik sahaja anda log in boleh mula cari tajuk ebook yang anda ingin baca atau pilih melalui kategori buku yang disediakan. Tekan eBook List dan semua buku yang ada akan dipaparkan.

step-4-pnm-2

 

Langkah 5

Anda hanya boleh baca buku yang tidak dipinjam sahaja lagi. Oleh itu anda perlu cari buku yang ada tertera perkataan “Borrow”. Klik butang biru tersebut dan buku tersebut akan dimasukkan ke dalam reading list anda. Anda boleh melihat buku dalam reading list di dashboard dengan klik username anda di menu.

step-5-pnm

 

Langkah 6

Oleh kerana sekarang musim cuti sekolah dan juga tempoh kawalan pergerakan, ada banyak buku yang telah dipinjam oleh pembaca lain. Ada juga buku yang tidak dapat dipinjam atau reserve kerana sudah ramai yang telah reserve buku tersebut (had maksima telah dicapai).

step-6-pnm

 

Langkah 7

Setiap buku yang dipinjam akan dipulangkan secara automatik selepas 7 Hari. Anda juga boleh terus pulangkan sebaik selesai baca dengan tekan Return. Bagi buku yang mahu dibaca, klik Read. Anda boleh terus baca menggunakan webapps iaitu Cloud Reader atau muat turun Desktop Reader. Anda juga boleh membaca menggunakan peranti mudah alih dengan memasang aplikasi PNM eReader yang boleh didapati di Google App Store dan Google Play Store.

step-7-pnm

 

Jadi Pembaca Yang Bertanggungjawab

Oleh kerana ramai yang menggunakan kemudahan ini dalam tempoh sekarang, anda perlulah menjadi pengguna yang bertanggungjawab. Sila return ebook yang telah dibaca agar pembaca lain dapat membacanya pula ya.

Semoga perkongsian artikel E-Book Percuma PNM Untuk Dibaca Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online ya. Jangan lupa share!