Dr Mohd Radzi Md Jidin Mulakan Tugas Sebagai Menteri Pendidikan. YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan tiba di pejabatnya di Kementerian Pendidikan hari ini. Ketibaan beliau di sambut oleh YBhg Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM dan YBhg Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
YB Dr Mohd Radzi sebelum ini merupakan Timbalan Menteri dan hal Ehwal Ekonomi bagi 2018 hingga 2020 sebelum dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu pada 9 Mac 2020. Beliau merupakan antara 31 menteri yang telah dilantik dalam kabinet kerajaan terbaru 2020.
Berbesar Hati Terima Amanah
Beliau seterusnya telah diberi taklimat dan sesi soal jawab memahami isu-isu berkaitan pendidikan oleh barisan pengurusan tertinggi KPM. Semasa ditemubual oleh pihak media,YB Dr. Radzi berkata:
“Saya menerima amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri kepadanya dengan penuh keinsafan. Saya rasa berbesar hati pada masa rendah diri kerana diberi amanah besar ini. Saya sedar rakyat meletakkan harapan tinggi supaya sistem pendidikan negara dapat melahirkan generasi cemerlang,”

Menangani Isu Pendidikan
Menteri Kanan dalam Kabinet itu yang memulakan tugas secara rasmi, hari ini, akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian segera.
“Perkara pertama yang saya akan lakukan ialah memahami dan mendalami konteks, situasi, isu serta perkara perlu ditangani dan keutamaan yang kita ingin tekankan terlebih dahulu,” katanya kepada media ketika melapor diri di kementerian itu, di sini.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Ditanya mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tulisan jawi serta Program Sarapan Pagi pula, Mohd Radzi berkata, beliau memerlukan masa untuk memahami perkara terbabit.
“Izinkan saya tengok dulu. Dalam keadaan pelbagai isu, apa yang penting ialah kita pandang ke depan dan mencari kaedah terbaik boleh dilakukan untuk anak-anak kita,” katanya.

Amanah Besar Melonjakkan Pendidikan Negara
Katanya, beliau sedar bahawa harapan rakyat cukup tinggi untuk melihat sistem pendidikan negara diangkat ke peringkat lebih tinggi, dan KPM akan melakukan yang terbaik bagi memenuhi hasrat itu.
“Melihat generasi masa depan negara memiliki kepakaran dan kebolehan dalam pelbagai aspek, bukan saja pendidikan (tetapi juga) dari segi sahsiah serta pemikiran, itu antara harapan ibu bapa,” katanya.
Mohd Radzi juga melihat amanah besar diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepadanya selaku Menteri Kanan adalah untuk melonjakkan pendidikan negara ke peringkat lebih tinggi.
Semoga artikel Dr Mohd Radzi Md Jidin Mulakan Tugas Sebagai Menteri Pendidikan bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.
Sumber: Bernama