Dasar Pendidikan Tinggi Negara Bakal Diperkasakan

 

dasar-pendidikan-tinggi-negara

Dasar Pendidikan Tinggi Negara Bakal Diperkasakan. Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yakin keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat meningkatkan fokus pembangunan pendidikan pengajian tinggi negara

Pemisahan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan

Presidennya, Raja Shah Erman Raja Arifin berkata, memang wajar fungsi antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan dipisahkan kerana masing-masing mempunyai perancangan pembangunan yang berbeza.

“Menerusi kewujudan semula Kementerian Penganjian Tinggi, kita percaya menteri, timbalannya serta pegawainya dapat memberi fokus yang lebih terperinci dan menyeluruh.

“Justeru, pelaksanaan Dasar Pendidikan Tinggi Negara dapat diberi perhatian kerana ia sememangnya memerlukan perancangan teliti dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Raja-Shah-Erman-Raja-Arifin
Imej: Berita Harian

 

Pendirian MASTI

Beliau yang juga Presiden POTENSI Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) berkata, seluruh ahli MASTI menyokong terhadap apa juga polisi dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa dan kepemimpinan persatuan itu juga akan sentiasa memberi idea dan pendapat supaya dasar kerajaan hari ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“MASTI turut berharap dengan kembalinya Kementerian Pengajian Tinggi dapat melihat secara mikro perancangan pendidikan negara yang perlu dibangunkan,” katanya.

 

 

Meneruskan Agenda Pendidikan

Sementara itu, Timbalan Presiden MASTI, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais berkata, agenda yang sudah dirancang oleh pihak kementerian sebelum ini wajar diteruskan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PPTI) Universiti Malaysia Pahang (UMP), berharap agenda seperti pemerkasaan bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diteruskan.

Semoga artikel Dasar Pendidikan Tinggi Negara Bakal Diperkasakan bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.

Sumber: Berita Harian