COVID-19 Saranan KPM Semasa Penularan Wabak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari kebimbangan masyarakat khususnya ibubapa berikutan penularan wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).
Berikutan itu KPM telah memaklumkan beberapa langkah drastik bagi mengelakkan penularan wabak ini dikalangan pelajar dan kakitangan baik di peringkat rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi (KPT) dan kementerian. Notis dan juga infografik telah dimuatnaik di laman rasmi dan media sosial rasmi bagi memudahkan maklumat disampaikan dan dikongsikan.
Penangguhan ProgramÂ
Terkini KPM telah mengeluarkan rujukan bagi perlaksanaan perhimpunan sekolah semasa penularan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut surat yang bertarikh 13 Mac itu, pihak KPM menyarankan semua aktiviti dan program berkaitan pendidikan seperti:
- Program sukan dan aktiviti Kokurikulum
- Perhimpunan rasmi sekolah
- Program sambutan keraian
- Program-program latihan
- Persidangan kolukium
- Kem
- Seminar
- Khursus
- Program
- Mesyuarat Agung Ibu bapa dan Guru (PIBG) Dan seumpamanya ditangguhkan sehingga satu tarikh yang dimaklumkan kelak.
Jika terdapat aktiviti yang tak dapat dielakkan, pihak JPN/PPD/sekolah diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tetamu (memadai sekadar dengan meletakkan tangan di dada sebelah kiri dan mengucapkan salama sebagai tanda hormat)
- Saringan suhu badan dilaksanakan untuk menegnalpasti mereka yang bergejala
- Sekiranya bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter apabila berhadapan dengan orang lain atau memakai topeng muka.
- Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
- Sentiasa mengamalkan etika batuk yang betul
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk dan bersin
- Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut
- Murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah
Â
Nasihat Sempena Cuti Sekolah
Pihak KPM juga telah memuatnaik infografik bagi menasihatkan ibu bapa semasa cuti sekolah yang bermula 13 Mac 2020. Ibu bapa diminta untuk menangguhkan percutian ke negara-negara berwabak COVID-19. Bagi Percutian dalam negara pula, sekiranya bergejala (demam, batuk/bersin dan sukar bernafas) elakkan tempat tumpuan ramai dan berehat di rumah. Ibu bapa juga dinasihatkan mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.
Oleh kerana cuti sekolah juga sinonim dengan majlis dan kenduri kahwin, KPM juga mengingatkan masyarakat agar melaksanakan tanggungjawab mengelakkan penularan wabak COVID-19. Baik sebagai tuan rumah atau tetamu, masyarakat harus berganding bahu dalam memastikan hari bahagia ini tidak bertukar menjadi tragedi.
Â
Bersama Tangani Wabak Covid-19
Tanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 harus dipikul bersama oleh pihak kementerian dan masyarakakat bagi memastikan keselamatan anak-anak kita dari dijangkiti virus merbahaya ini. Jika anda mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selsema sekaligus, serta pernah berhubung rapat dengan pesakit positif COVID-19, atau pernah pergi ke negara yang mengalami wabak, anda perlu meghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) seperti berikut:
Â
Telefon, Fax & Hotline CPRC
CPRC yang beroperasi selama 24 jam boleh dihubungi melalui butiran berikut :
Telefon | : | 03-8881 0600/ 03-8881 0700 |
Fax | : | 03-8881 0400/ 03-8881 0500 |
Handphone | : | 013-669 9700 (Surveillance On-Call) |
Hotline | : | 03-8881 0200/ 03-8881 0300 |
Webpage | : | www.moh.gov.my |
: | cprc@moh.gov.my |
Sumber: Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis KKM
Semoga perkongsian artikel Covid-19 Saranan KPM Semasa Penularan Wabak bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.