COVID-19 Cuti Sekolah Dipanjangkan Di Sarawak ?

 

covid-19-cuti-sekolah-dipanjangkan-sarawak-2020

COVID-19 Cuti Sekolah Dipanjangkan Di Sarawak ? Harini  Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, telah membuat sidang media khas berhubung situasi terbaru Coronavirus Diseases 2019 (COVID-19)

Di dalam sidang media tersebut, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan langkah berjaga-jaga yang mengelakkan peningkatan kes COVID-19. Ini kerana dalam tempoh 3 hari ini Sarawak telah merekodkan 34 kes positif COVID-19.

 

Status Terkini dan Langkah Pengawalan di Sarawak

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah mengeluarkan kenyataan media seperti di bawah:

sidang-media-sarawak-covid-19-1

sidang-media-sarawak-covid-19-2

 

Notis Berkenaan Persekolahan

  • Semua Tabika, Taska dan Sekolah Tahfiz di Sarawak, diarahkan untuk ditutup selama dua (2) minggu, berkuatkuasa esok, 17 Mac 2020.

  • Institusi Pengajian Tinggi, baik kerajaan dan swasta, akan menangguhkan sesi akademik baru mereka dalam masa dua (2) minggu, efektif esok, 17hb Mac 2020.
  • Semua sekolah dinasihatkan untuk melanjutkan cuti sekolah mereka untuk satu minggu lagi (sehingga 29 Mac 2020).

 

Situasi di Sabah

Kerajaan Sabah Mungkin Panjangkan Cuti Sekolah Bimbang Penularan Covid-19. Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu mungkin diambil bagi membendung jangkitan wabak berkenaan.

“Saya merayu kepada rakyat untuk meminimumkan pergerakan mereka, manakala sektor swasta membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Doa Buat Malaysia

Buat masa ini  terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pelbagai lagi agensi kerajaan dalam bersama-sama menangani isu ini. Sama-sama kita doakan agar penularan wabak ini dapat dicegah. Semoga langkah yang diambil dapat mengurangkan kadar jangkitan kepada masyarakat terutamanya anak-anak kita. 

 

Semoga perkongsian berkenaan COVID-19 Cuti Sekolah Dipanjangkan Di Sarawak bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.