Chatime Percuma Untuk Setiap A Bagi Pelajar SPM. Sempat tak lagi nak tebus? Ini antara persoalan yang diajukan di laman Facebook Chatime Malaysia hingga saat ini
Pihat Chatime telah memuat naik status menawarkan minuman percuma bagi setiap A yang diterima pelajar SPM di seluruh negara melalui cawangan mereka yang terpilih.
Cawangan Chatime Diserbu!
Menurut iklan yang dipost sekitar jam 12.00 Tengahari itu, pihak Chatime telah mewar-warkan bahawa pelajar SPM yang mendapat satu A akan mendapat satu minuman percuma mereka dengan membawa slip keputusan SPM 2019 mereka di cawangan berikut:
1. Chatime @ Avenue K
2. Chatime @ Berjaya Times Square
3. Chatime @ Ampang Point
4. Chatime @ Melawati Mall
5. Chatime @ Central i-City
6. Chatime @ AEON Shah Alam
7. Chatime @ The Mines
8. Chatime @ AEON Maluri
9. Chatime @ Mahkota Parade, Melaka
10. Chatime @ AEON Bukit Mertajam
11. Chatime @ KTCC Mall
12. Chatime @ AEON Kinta City
13. Chatime @ 1st Avenue Penang
14. Chatime @ Jetty Point Complex, Langkawi
15. Chatime @ Central Square, Sg Petani
16. Chatime @ AEON Mall Kuching Central
17. Chatime @ AEON Queensbay Mall
18. Chatime @ Seremban Gateway
19. Chatime @ AEON Tebrau
20. Chatime @ Sunway Pyramid
Posting mereka mendapat liputan luas dan tular di media sosial. Ramai telah menyerbu cawangan ini sehingga banyak cawangan yang kehabisan minuman !
Minuman Percuma Chatime
Pelajar SPM yang mendapat A boleh menebus semua jenis minuman kecuali Kopi dan Siri Smootea. Ada di antara peminat Chatime yang bertanyakan juga adakah SPM tahun lain layak juga memohon ! Rakyat Malaysia memang sukar melepaskan minuman percuma nampaknya. Yelah, siapa taknak minuman percuma betul tak?
Tidak Puas Hati
Sekitar jam 6 petang pihak Chatime Malaysia telah mengeluarkan satu lagi pernyataan mengenai pemberian minuman percuma ini. Namun ianya membuatkan ramai tidak puas hati! Apakah yang membuatkan ramai marah ni?
Fully Redeemed
“We from @chatimemalaysia are truly overwhelmed with the response of our #ChatimeBelanja campaign for all #SPM2019 students who got a free drinks for every A’s. Congratulations to all and all the best for your future!”
Ya, penebusan minuman percuma berakhir seawal 3 petang menurut komen yang ditinggalkan pengunjung laman facebook Chatime Malaysia. Semoga pembaca post Chatime Percuma Untuk Setiap A Bagi Pelajar SPM tabah ya!