Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Semasa COVID-19. Pasti ramai di antara kita yang sedang gusar sekarang apabila memikirkan tentang bayaran pinjaman yang mungkin tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) yang dilaksanakan sekarang.
Untuk pinjaman PTPTN, ada penangguhan 6 bulan, bagaimana pula dengan pinjaman lain? Tahukah anda terdapat 17 bank yang menawarkan penangguhan bayaran bagi ansuran loan rumah dan kereta sehingga 6 bulan bagi mengurangkan beban bagi mereka yang terkesan dengan Covid-19.
Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Melalui Moratorium
Moratium merupakan penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti mahupun denda. Tempoh penangguhan pembayaran balik pinjaman samada kereta, rumah atau lain-lain bergantung kepada bank-bank yang terlibat. Bayaran ansuran akan bersambung selepas tempoh moratorium tamat.
Bagi membantu pelanggan yang mengalami masalah untuk membuat bayaran balik kerana faktor penularan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) ini, Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia (Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia – AIBIM) dan 20 ahlinya telah membuat pengumuman berkenaan langkah atau sokongan yang diberikan kepada pelanggan mereka yang terkesan dengan COVID-19.
Bank-Bank Yang TerlibatÂ
Senarai bank yang terlibat adalah seperti berikut. Ada di antara bank-bank ini yang menyediakan penangguhan bayaran pinjaman sehingga 6 bulan. Maklumat lanjut boleh didapati dalam dokumen di ruangan download di bawah.
- Â Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia
- Affin Islamic Bank Berhad
- Agrobank
- Alliance Islamic Bank Berhad
- Ambank Islamic Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Islamic Bank Berhad
- Hong Leong Islamic Bank Berhad
- HSBC Amanah Malaysia Berhad
- Kuwait Finance House (M) Berhad
- Maybank Islamic Berhad
- MBSB Bank
- Public Islamic Bank Berhad
- OCBC Al Amin Bank Berhad
- RHB Islamic Bank Berhad
- SME Bank
- Standard Chartered Saadiq Berhad
- UOB Bank (M) Berhad
Dapatkan Senarai Nama Bank dan Keterangan Cara Penangguhan Bayaran Pinjaman disini
Disini admin nak kongsikan senarai nama bank dan keterangan penangguhan pinjaman. nombor telefon untuk dihubungi juga terdapat dalam dokumen ini.
. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : AIBIM Members Financial Assistance Due To Coronavirus Outbreak
Siapakah Yang Layak Memohon
Mereka yang mengalami kesukaran untuk melunaskan komitmen bayaran bulanan berikutan kehilangan kerja/pendapatan, cuti tanpa gaji atau bisnes terkesan kerana penularan COVID-19. Sila hubungi bank anda untuk supaya mereka dapat menganalisa masalah dan membantu anda. Anda boleh menelefon atau email kepada bank, sila dapatkan maklumat di laman web bank yang terlibat.
Secara umumnya anda perlu membawa:
- Borang permohonan yang telah diisi
- Surat rasmi daripada majikan berkenaan pemberhentian kerja/cuti tanpa gaji kerana penularan COVID-19
- Dokumen-dokumen sokongan lain bagi menyokong permohonan anda mengikut permintaan bank.
Sila hubungi nombor bank yang tertera pada dokumen download untuk keterangan lanjut.
Sumber:Â AIBIMÂ
Semoga perkongsian artikel Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Semasa COVID-19 bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.