Cara Mudah Elak Jangkitan Coronavirus (2019-nC0V)

Cara-mudah-elak-jangkitan-coronavirus

Cara Mudah Elak Jangkitan Coronavirus untuk rujukan ibu bapa dan guru. Ayuh banteras penyebaran virus merbahaya ini dengan 3 langkah mudah.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan tip yang boleh diikuti bagi mengelakkan penularan virus. Tip mudah ini wajar diaplikasikan oleh guru dan ibubapa bagi mengelakkan virus berbahaya ini terus merebak dan membahayakan nyawa anak-anak kita.

Tutup Mulut Dan Hidung 

Ibu bapa boleh bekalkan tisu kepada anak-anak dan mengajar anak-anak mereka untuk menutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk. Penggunaan sapu tangan tidak digalakkan kerana anak-anak cenderung untuk memasukkan kembali sapu tangan yang telah digunakan ke dalam poket baju mereka. Kuman di sapu tangan akan berpindah pula ke pakaian dan badan mereka.

Anak-anak juga perlu diberitahu agar membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Mereka juga perlu selalu membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer bagi mengelakkan jangkitan. Pemindahan kuman dari tangan ke dalam badan boleh berlaku apabila anak-anak menggosok mata atau menyentuh hidung dan mulut.

Gunakan Mask Muka

Selain dari tisu, anak-anak juga perlu dibekalkan dengan mask muka. Pemakaian mask muka penting apabila berada di khalayak ramai atau berdekatan mereka yang tidak sihat. Mask muka hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dibuang apabila tercemar. Ibubapa boleh mendapatkan mask muka di farmasi atau kedai atas talian.

Jaga Kebersihan

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan kepada anak-anak samada disekolah atau di rumah. Didik anak-anak agar selalu menjaga kebersihan walau di mana mereka berada. Pakaian sekolah perlu dibasuh setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman yang mungkin dibawa pulang dari persekitaran di sekolah.

Tanggungjawab Bersama

Kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama ibubapa dan para guru di sekolah. Kita perlu memastikan anak-anak kita dalam keadaan bersih dan selamat daripada jangkitan virus berbahaya ini. Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 8:00 pagi yang dikeluarkan oleh WHO (3 Mac) adalah seramai 90,306 orang.

Tip ini juga boleh digunapakai bagi mengelakkan virus berbahaya lain seperti Influenza A dari merebak. Semoga Cara Mudah Elak Jangkitan Coronavirus bermanfaat untuk pembaca semua.