Bantuan Khas COVID-19 Bagi Pesakit dan Kontak Yang Bekerja. Kerajaan telah menyediakan bantuan RM100 sehari bagi pesakit atau kontak yang bekerja.
Bantuan ini diberikan kepada semua warganegara Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan kerana perlu jalani rawatan atau kuarantin samada pesakit atau kontak COVID-19. Sila baca syarat kelayakan, kadar, kaedah dan cara pembayaran yang sediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara jabatan Perdana Menteri (NADMA).
Bantuan Khas Covid-19Â
Berikut adalah syarat-syarat khas bagi memohon bantuan ini:
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
Pemohon Yang Tidak Layak:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian /menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Kadar Bantuan Khas COVID-19
RM100 sehari :
- Sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau
- Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Kaedah Permohonan
1. Muat turun dokumen-dokumen di bahagian download di bawah. Cetak dan isi maklumat yang diperlukan.
Dapatkan Dokumen Bantuan Khas COVID-19 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â
- Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas Covid-19
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)*
*jika tiada akaun bank
2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  I-Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian – Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  II – Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded) – Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
**Â sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan
penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Cara Bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.Penafian: NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan
Anda juga boleh dapatkan maklumat penuh di web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19. Bagi pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) anda juga kini boleh mengeluarkan maksimum RM500 setiap bulan selama 12 bulan dari akaun 2 anda.
Semoga perkongsian artikel Bantuan Khas COVID-19 Bagi Pesakit dan Kontak Yang Bekerja ini bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online