Bank Negara Malaysia Luluskan Penangguhan Pembayaran Balik 6 Bulan

 

Bank Negara Malaysia Luluskan Penangguhan Pembayaran Balik 6 Bulan. Menurut kenyataan media Perdana Menteri, ianya bagi mengurangkan keresahan rakyat membayar pinjaman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan. Sebelum ini penangguhan pembayaran pinjaman cuma tertakluk kepada bank di bawah AIBIM sahaja.

 

Langkah Baru Bank Negara Malaysia Bantu Peminjam

Ini adalah sebahagian daripada langkah baru Bank Negara untuk membantu peminjam mengalami kekangan kewangan sementara akibat wabak Covid-19. Dalam satu surat kepada ketua institusi kewangan hari ini, Bank Negara berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam SME dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran / pembayaran pinjaman / pembiayaan yang ditangguhkan akan diuruskan dalam tempoh moratorium,” kata bank pusat itu.

Moratorium Automatik


Moratorium automatik tersebut tergunapakai untuk pinjaman atau pembiayaan yang didenominasi oleh ringgit yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April, 2020.

Moratorium ini tidak digunakan untuk baki kad kredit. Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, Bank Negara berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium,” menurut surat tersebut.

 

Kenyataan Perdana Menteri

Menurut Perdana Menteri, semua langkah-langkah penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan melibatkan jumlah nilai sekurang-kurangnya RM100 billion. Beliau turut menyampai ras terima kasih ke atas keprihatinan Kementerian Kewangan, BNM serta industri perbankan Malaysia.

 

penangguhan-bayaran-bank-negara-malaysia penangguhan-bayaran-bank-negara-malaysia-2

Seperti yang umumkan oleh Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi akan dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara. 

Sumber : Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan The Star

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bekerjasama dengan duduk di rumah dalam tempoh PKP ini bagi mengurangkan rantaian penularan COVID-19. Semoga perkongsian artikel Bank Negara Malaysia Luluskan Penangguhan Pembayaran Balik 6 Bulan ini bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.