Anak Nelayan Cemerlang SPM 2019 Banggakan Ibu Bapa

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
anak-nelayan-cemerlang-spm-2019

Anak Nelayan Cemerlang SPM 2019 Banggakan Ibu Bapa. Begitulah perasaan Nurul Syuhada Rohaizad,18, yang telah mendapat Keputusan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi Nurul Syuhada, keputusan tersebut adalah hadiah terbaik bagi kedua ibu bapanya. Anak kepada nelayan dan surirumah itu menyatakan yang ibu bapanya telah banyak berkorban untuk dia dan adik-adiknya.

 

anak-nelayan-cemerlang-SPM-2019
Imej: New Straits Times

 

Cemerlang Dalam Pelajaran Bagi Mengubah Nasib Keluarga

Beliau memberitahu yang bapanya, Rohaizad Othman, 43 tahun, telah bekerja keras bagi mencari nafkah bagi memenuhi keperluan keluarga mereka. Sementara itu ibunya menjaga keperluan mereka adik-beradik di rumah.

“Saya selalu beritahu diri sendiri bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara bagi mengubah nasib keluarga saya”

“Dengan 7A ini, ianya menjadi hadiah terbaik bagi kedua ibu bapa saya begitu juga para guru yang telah banyak membantu”

 

Inspirasi Kepada Adik Beradik 

Nurul Syuhada juga berharap dia dapat memberikan inspirasi kepada adik beradiknya yang berumur 13 dan 14 tahun untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Selain itu, Nurul Syuhada juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi peperiksaan SPM tahun lepas. Pelajar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin itu juga menasihatkan pelajar yang tidak mendapat keputusan cdemerlang agar tidak berputus asa.

“Keputusan yang kurang baik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita berjaya pada masa akan datang” kata beliau. Menurutnya lagi, tinggal di asrama sekolah merupakan satu kelebihan bagi dia dan kawan-kawan kerana mereka boleh bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk mengulangkaji.

Hasrat Menyambung Pelajaran 

Harapan Nurul Syuhada adalah dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk memenuhi impiannya menjadi seorang arkitek. Semoga impian beliau menjadi kenyataan, sama-sama kita doakan ya.

Beliau dan beberapa orang pelajar cemerlang telah diraikan dalam satu majlis di sekolah mereka. majlis turut disertai Pengarah Jabatan Pelajaran Abdul Rashid Abdul Samad. Menurut Abdul Rashid Abdul Samad, 644 pelajar telah mendapat semua A dalam peperiksaan SPM 2019 di Pulau Pinang. Bagi laporan penuh keputusan SPM 2019 boleh rujuk di sini.

Semoga artikel Anak Nelayan Cemerlang SPM 2019 Banggakan Ibu Bapa memberi inspirasi buat semua pembaca Sistem Guru Online.

Sumber: NST

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>