Kerisauan Ibubapa Terhadap Covid19
Rata-rata semua tahu tentang bahaya covid19 ini yang mampu menyebabkan maut terutama kepada mereka yang berusia. Hal ini dikatakan kerana mereka yang berusia mungkin mempunyai ketahanan antibodi yang lebih rendah berbanding orang muda.
Namun begitu, pada hari ini kita dikejutkan dengan 1 kes di Malaysia yang melibatkan seorang bayi berusia 12 hari sahaja. Allahuakhbar. Khabar ini pasti membawa satu isyarat khas kepada semua ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil agar lebih berjaga-jaga dan terus kuarantinkan diri masing-masing dirumah agar peluang untuk terkena covid19 ini nipis.
Berita Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan mangsa paling muda yang terkena jangkitan COVID-19 di negara ini adalah berusia 12 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa yang dikesan menerusi jangkitan kes dalam gelombang kedua.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai pesakit berkenaan.
“Bagi gelombang pertama, usia paling muda adalah empat tahun, tetapi sekarang mangsa paling muda yang kita kesan adalah bayi berusia 12 hari yang disahkan positif COVID-19.
“Pesakit COVID-19 paling tua dirawat di hospital pula berumur 83 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.
Setakat 12 tengah hari ini, terdapat 235 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,031 kes.
Sebanyak empat lagi kes kematian akibat COVID-19 juga dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 23 kes. sumber