THiJARI Daftar Akaun Tabung Haji Secara Online

THiJARI Daftar Akaun Tabung Haji Secara Online bermula 5 Februari 2020! Tabung Haji telah melancarkan satu platform digital terbaharu yang diberi nama “THiJARI” bagi memudahkan para pendeposit Tabung Haji (TH).

Dalam Portal Rasmi ini, akan kongsikan kepada anda semua mengenai THiJARI dan langkah – langkah untuk mendaftar Tabung Haji menggunakan platform ini.

THiJARI

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

THIJARI : PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem THiJARI adalah seperti berikut:

1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Urusan Simpanan dan Pengeluaran
Urusan Simpanan dan Pengeluaran

  • Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).
  • Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2. Urusan Haji

Urusan Haji
Urusan Haji

  • Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.
  • Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.
  • Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
  • Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

3. Kelab Taha/TAHA@U

  • Pendaftaran Kelab Taha/TAHA@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TAHA@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa boleh dilakukan.

CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ONLINE MENGGUNAKAN THiJARI

Pendeposit perlu pastikan dimana mereka telah mengemaskini segala maklumat ahli termasuklah maklumat nombor telefon bimbit di mana – mana kaunter TH yang berdekatan. TAC atau nombor pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan. Jika anda telah mengemaskini maklumat, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini tanpa perlu ke kaunter TH.

 

Langkah Mudah Untuk Menggunakan THiJARI

CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ONLINE MENGGUNAKAN THiJARI
CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ONLINE MENGGUNAKAN THiJARI

  • Jika anda telah membuat pendaftaran sebelum ini, anda boleh terus login sistem THiJARI dengan masukkan ID Pengguna. Namun jika anda belum pernah logmasuk, anda boleh ikuti arahan diatas.
  • Bagi Pendaftaran Baru, klik pada [Pendaftaran] dan masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH yang telah anda daftarkan di kaunter. Klik [Seterusnya] dan kemaskini segala butiran yang diminta.

CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ONLINE MENGGUNAKAN THiJARI

  • Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon yang telah didaftarkan. Seterusnya sila masukkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta.

Setelah selesai semua langkah diatas, pendeposit boleh terus menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh THiJARI.

P/S : Sudahkah anda membuat kemaskini BSH untuk fasa yang kedua? Jika belum, sila berbuat demikian sebelum 15 Mac ini. Jika anda ingin membuat semakan wang tak dituntut, boleh lakukan secara online di wesbite egumis.

Maklumat Lanjut THiJARI

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan mempunyai apa – apa pertanyaan yang berkaitan THiJARI, anda boleh terus ke mana – mana Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau terus menghubungi :

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

Sempena pelancaran ini, Kempen #simpandaftardanmenang turut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pendeposit berumur 18 tahun ke atas memenangi hadiah wang tunai dan pakej umrah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM300,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here