Template Pelaporan PBD Tahun 1 hingga Tahun 4 Paling Lengkap

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 1, 2, 3 dan 4 ini merupakan perkongsian yang diperoleh dari website tcer.my. Sebelum pergi lebih jauh, admin ingin kongsikan maklumat asas template PBD tahun 1 hingga 4 ini.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran bilik darjah (PBD) dijalankan adalah bertujuan untuk menilai prestasi murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid di dalam sesuatu topik pembelajaran.

Ujian atau penilaian terhadap murid amat penting di dalam sistem pendidikan sebagai penanda aras untuk mengenal pasti tahap pencapaian seseorang murid itu. Terdapat pelbagai jenis dan kaedah penilaian boleh dilakukan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif dilaksanakan lebih memfokuskan terhadap keberkesanan proses pengajaran dan tujuan pengajaran dalam P&P. Dengan menjalankan penilaian formatif, guru akan mengetahui samada kaedah pengajaran yang digunakan bersesuaian atau tidak kepada murid. Tahap keberkesanan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru dapat dikenal pasti melalui respon atau maklum balas daripada murid-murid di dalam kelas.

Seterusnya ialah penilaian sumatif dilaksanakan untuk mengetahui dan mengesan prestasi murid-murid di dalam kelas bagi setiap mata pengajaran yang diajar guru.  Kebiasaannya, penilaian sumatif ini dilakukan secara formal sewaktu proses PdP. Antara jenis penilaian yang dilakukan ialah penulisan dan ujian lisan bergantung dengan kreativiti guru itu sendiri.

Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah ini mengandungi 5 halaman (sheet ) boleh dilihat di bahagian bawah excel :

  • PANDUAN
  • REKOD PRESTASI MURID
  • LAPORAN MURID (INDIVIDU)
  • DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
  • GRAF PELAPORAN

Muat Turun Template

Sila klik butang yang diberikan kemudian follow langkah yang dinyatakan.

Dapatkan “Template Pelaporan PBD” disini


Disini admin ingin kongsikan templat pelaporan pentaksiran bilik darjah bagi tahun 1, 2, 3 dan 4 untuk kegunaan guru-guru di luar semua. Anda boleh menekan pautan yang disediakan di bawah untuk download bahan yang telah dikongsikan.

Download : Link Download dibawah.

  1. Contoh (1) Templat Pelaporan PBD Tahun 1
  2. Template Pelaporan PBD Guru Kelas Tahun 1
  3. Templat Pelaporan PBD Tahun 2
  4. Templat Pelaporan PBD Tahun 3
  5. Templat Pelaporan PBD Tahun 4 kegunaan Sekolah Kebangsaan (SK)
  6. Templat Pelaporan PBD Tahun 4 kegunaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

Perkongsian Bersama

Diharap, dengan perkongsian berkaitan Templat Pelaporan PBD ini dapat meringankan tugas cikgu-cikgu dalam melaksanakan dan membuat pelaporan PBD. Para guru boleh melayari laman sesawang kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bahan pendidikan. Terima kasih.