Seorang GURU Lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana PARAH DI TETAK 3 LELAKI

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
Seorang GURU Lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana PARAH DI TETAK 3 LELAKI
Gambar hiasan

KLUANG: Seorang guru lelaki parah akibat ditetak oleh tiga lelaki di hadapan rumahnya di Taman Seri Impian, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada jiran guru berkenaan yang terdengar jeritan pada kira-kira pukul 7 pagi.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa guru berumur 37 tahun itu dikatakan baru keluar rumah untuk ke tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, di sini apabila didatangi tiga suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mengikut keterangan pengadu (jiran), ketiga-tiga suspek memakai topeng muka dan menggunakan parang untuk menetak guru itu beberapa kali di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Suspek tidak merosakkan atau melarikan barangan guru itu, jadi motif dipercayai akibat dendam. Tempat kejadian merupakan kawasan rumah jenis banglo setingkat,” katanya dan menambah guru berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.

Mohd Abduh berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>