Hadkan PdP Pendidikan Islam 2 jam seminggu – Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim

Hadkan PdP Pendidikan Islam 2 jam seminggu - Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim
Hadkan PdP Pendidikan Islam 2 jam seminggu – Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim
Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar pengajaran kelas agama di sekolah-sekolah seluruh negara dihadkan kepada dua jam seminggu
 
Menurut Zaid lagi, sebab utama pembangunan minda Melayu agak perlahan ialah kebergantungan mereka terhadap guru agama untuk ilmu pengetahuan.

Berita dari MalaysiaGazette

(Hadkan kelas ajaran agama 2 jam seminggu – Zaid)

Dalam perkembangan sama, Zaid juga menasihatkan para ibu bapa Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Melayu seperti mana yang dilakukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk anak Cina.

Malah menyentuh mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu, Zaid yang juga ahli tetap DAP berkata, misi itu sukar dicapai kali ini.

“Kami telah mencuba selama 11 tahun dan gagal melaksanakannya kerana kekurangan guru terbaik,” katanya.

Beliau sebagai memberi penyelesaian bagi isu tersebut menyarankan supaya penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru diperluaskan lagi.

Hadkan PdP Pendidikan Islam 2 jam seminggu - Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim“Inggeris untuk Matematik dan Sains sukar dicapai kerana kami sudah mencuba 11 tahun tetapi gagal sebab kekurangan guru-guru yang berbakat fasih berbahasa Inggeris.

“Solusinya adalah penggunaan Bahasa Inggeris perlu diperluaskan lagi agar lebih ramai guru-guru boleh bertutur dalam bahasa tersebut,” katanya.

Sumber:MalaysiaGazette