Hari ini admin ingin berkongsi info teknologi iaitu 9 Langkah Mudah Cara Tambah Storage IPHONE Anda Secara Percuma! Perkongsian ini dibuat oleh Hapfin dan dikongsikan semula oleh iDevice Repair Specialist- i2fix.com dipost asalnya.
Pengenalan dan Info Ringkas
Rata-rata pengguna iphone tak pernah cukup dengan storage yang sedia ada. Lagi-lagi apabila ios baru keluar. Memang perkara wajib banyak storage yang dimamah oleh ios baru itu.
Ini belum kita cerita bab kaki selfie lagi, kalau tak lebih 10 ribu gambar selfie bukan kaki selfie namanya.
Mudah,Simple dan paling penting PERCUMA! InsyaAllah langkah-langkah mudah ini anda semua boleh follow. Dan ingat tau jangan lupa share tips ini agar rakan-rakan lain juga dapat manfaat bersama.
Langkah-langkah Tambah Storage
Pengenalan
Majoriti apps yang terkenal akan “mamah” storage korang secara tak perasan. Lagi-lagi app yang download gambar contohnya Instagram.
Sebagai contoh bila lepas kita dah tengok gambar dekat instagram, pastu ada kawan kita upload gambar baru, gambar yang kita tengok tadi masih ada tapi gambar yang baru tu kena loading dulu baru boleh tengok. bila difikir macam pelik tapi haa loading tu sebenarnya kita tengah download gambar tu.
Langkah 1 :
Buka Setting pastu tap pada general dan tap pada iphone storage
p/s – korang boleh check storage yang tinggal dulu sebelum follow step 1 ni untuk bezakan berapa byk storage yang korang ada sebelum dan selepas dah follow step ni .
Langkah 2 :
Pastu scroll kebawah dan pilih app mana yang paling banyak ratah storage korang. Pastu tap je dekat app tu.
p/s – Instagram antara app yang paling kuat makan storage .
Langkah 3 :
Pastu tap dekat delete app. Kemudian download balik app tersebut.
p/s – make sure korang ingat password ig korang sebab lepas install semula , kena login macam biasa.
Langkah 4 :
Download google photo dekat app store. Korang boleh click link ni utk download terus.
https://itunes.apple.com/
Dan buka app tersebut.
Langkah 5 :
Sign in korang punya gmail.
Korang boleh pilih nak high quality (STORAGE TANPA HAD) atau nak original (ada limit). Pastu pilih samada nak guna mobile data atau guna wifi je utk upload gambar ke google photo ni. Cadangan bang boss pilih wifi je sebab kalau gambar ada beribu dalam iphone boleh habis mobile data korang tu .
Kalau korang pilih wifi dan waktu tu iphone korang mmg tgh bersambung dengan wifi , semua gambar dalam iphone tu automatic terus backup dan upload ke google photo. kalau wifi 100mbps , 200gambar x sampai 2 minit dah settle.
Tips- kalau korang nak cepat upload semua gambar, jangan keluar dari app tu.
Langkah 6 :
Lepas dah selesai upload semua gambar, nanti korang akan nampak backup complete dan korang boleh tap dekat 3 line atas tu.
Langkah 7 :
Pastu tap dekat free up space.
okay free up space ni utk delete semua gambar dalam iphone korang yang dah upload tu. so kalau korang rasa nak selfie bebanyak, korang boleh kosongkan gambar yang ada dalam iphone dan simpan dekat google photo ni.
Langkah 8 :
STEP 8 (CARA UNTUK DOWNLOAD GAMBAR YANG DAH DELETE KE DALAM IPHONE SEMULA)
kalau korang tetiba nak balik gambar yang dah delete tu , korang boleh pilih mana2 gambar yang korang nak download dan tap dekat 3 titk belah kanan tu.
Langkah 9 :
Dan tap dekat download. Pastu selesai..
p/s – kalau gambar ni dah ada dalam iphone (butang download tu takkan ada. so make sure gambar yang korang nak download tu mmg takde dalam iphone korang tu.)
Download PDF 9 Langkah Mudah Cara Tambah Storage IPHONE Anda Secara Percuma
Untuk yang ingin menyimpan langkah-langkah ini secara offline dalam bentuk pdf, boleh download di link dibawah.