67% Keputusan Polls Menunjukkan Pendapat TIDAK BERSETUJU Jika PPSMI di Laksanakan Kembali

67% Keputusan Polls Menunjukkan Pendapat TIDAK BERSETUJU Jika PPSMI di Laksanakan Kembali

Berita Mengenai PPSMI bakal di sambung semula nampaknya sudah tular di media sosial dalam masa beberapa minit sahaja selepas pengumuman dari Tun M. Memetik artikel Sains dan Matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris ini, nampak idea ini bakal sekali lagi direalisasikan dalam masa terdekat (belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelaksanaan PPSMI).

67% Tidak Bersetuju!

Dari polls yang dilaksanakan di website Tcer.my ini, nampaknya lebih 67% dari kita menyuarakan pendapat mereka secara anonymously bahawa mereka tidak bersetuju jika pengajaran subjek Sains dan Matematik dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.

Cukup segala perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan PPSMI ini. Rasanya sudah bertahun kita cuba dan telah bincangkan. Bukan sekadar di peringkat sekolah, malah sehingga ke peringkat tertinggi sekalipun sudah kerap kali dulu dibincangkan.

Pening dengan hala tuju pendidikan negara? Sabar insyaallah akan ada lebih banyak info, penerangan dan update dari pihak kementerian nanti. Jika anda fikir kita sudah cemas, pasti di peringkat kementerian mereka lagi “kalut” bekerja kerana perlu memikirkan bagaimana dasar ini patut dilaksanakan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Bagaimana Ingin Mengundi Polls?

Jika anda tidak kira ibubapa, guru atau netizen semua boleh pergi ke SINI dan sila scroll ke bawah dan buat undian. Selepas itu, boleh tekan result bagi melihat keputusan undian semasa.