Urusan Kenaikan Pangkat bagi PPP yang sedang Memangku Gred DG42 secara Khas untuk Penyandang (KUP) di bawah Urusan Tahun 2018 (Memangku pada 24 Disember 2018) ini merupakan pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 7 Januari 2020.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) telah memutuskan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah diluluskan penempatan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat setelah genap setahun (12 bulan) memangku. Pegawai yang terlibat perlu menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik serta memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.
Sehubungan itu, pihak yang berkaitan dengan urusan ini adalah dimohon untuk mengemukakan perakuan kenaikan pangkat PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) di bawah urusan tahun 2018 berkuat kuasa pada 24 Disember 2018. Perakuan hendaklah dibuat melalui Sistem ePangkat mengikut tempoh yang ditetapkan seperti Jadual berikut: (SILA ZOOM IN PADA GAMBAR SEKIRANYA ANDA INGIN MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS APABILA ANDA MENGGUNAKAN SMARTPHONE)
Dapatkan “Surat Iklan” di sini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : SURAT SIARAN IKLAN KENAIKAN PANGKAT GRED DG42 URUSAN TAHUN 2018
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Urusan Kenaikan Pangkat bagi PPP yang sedang Memangku Gred DG42 secara Khas untuk Penyandang (KUP) di bawah Urusan Tahun 2018 (Memangku pada 24 Disember 2018)Â memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.