Templat Fail Pengurusan Kelas Tahun 2020

 

Presentation1

Templat Fail Pengurusan Kelas Tahun 2020 ini admin sediakan khususnya untuk kegunaan kita semua terutamanya guru kelas.

Kita sedia maklum, Guru Kelas merupakan tugas yang sangat penting yang mana ia berperanan seperti berikut:

  1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar.
  2.  Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
  3. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
  4. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
  5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
  6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
  7. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
  8. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
  9. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
  10.  Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
  11. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
  12. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
  13. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
  14. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
  15. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
  16. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
  17.  Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
  18. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
  19. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
  20. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
  21. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Bidang tugas yang disenaraikan di atas hanyalah segelintir atau beberapa tugas di bawah tanggungjawab Guru Kelas. Sehubungan dengan itu, admin berkongsi salah satu fail yang boleh membantu kita dalam merekod dan menyimpan data-data berkaitan kelas di bawah tanggungjawab kita supaya lebih sistematik, iaitu Fail Pengurusan Kelas. Design ini juga tercetus daripada perkongsian Cikgu Grafik.

Untuk makluman, admin menggunakan background picture yang telah disediakan oleh Cikgu Grafik ya. Background Picture ni BUKAN HAK MILIK ADMIN.

KREDIT KEPADA CIKGU GRAFIK.

Berikut dikongsikan pratonton fail ini:

Slide1 scaled Slide2 scaled Slide3 scaled Slide4 scaled Slide5 scaled Slide6 scaled Slide7 scaled Slide9 scaled Slide10 scaled Slide11 scaled Slide12 scaled Slide13 scaled Slide14 scaled Slide15 scaled Slide16 scaled Slide17 scaled Slide18 scaled Slide19 scaled Slide20 scaled Slide21 scaled Slide22 scaled

Dapatkan “Templat Fail Pengurusan Kelas Tahun 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PPTX’

Download : 

  1. Font (Tulisan) Chela One + Font (Tulisan) KBSR Bold
  2. TEMPLAT FAIL PENGURUSAN KELAS 2020 (SISTEM GURU ONLINE)

PERINGATAN: SILA PASANG (INSTALL) FONTS TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUKA FAIL Templat Fail Pengurusan Kelas Tahun 2020)

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Templat Fail Pengurusan Kelas Tahun 2020 sedikit sebanyak dapat membantu guru yang menjawat tugas Guru Kelas dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.