Permohonan Online bagi Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Sesi Kemasukan 2020/2021

 

Permohonan Online bagi Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Sesi Kemasukan 2020/2021 ini merupakan pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH BAGI SESI KEMASUKAN 2020/2021

Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara atas talian talian dipautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah

Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
No. Faks. : 03-8870 6853

Google : [email protected]
Facebook : Education Malaysia Division

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Online bagi Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Sesi Kemasukan 2020/2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.