Permohonan Guru Ganti 2020 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kini Dibuka

 

guru ganti 2020

Permohonan Guru Ganti 2020 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kini Dibuka ini merupakan informasi terkini berkaitan Guru Ganti daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

 MOHON PERHATIAN:  Sekiranya terdapat kekosongan Guru Ganti di negeri dan daerah yang lain, admin akan kemas kini artikel ini dari semasa ke semasa untuk hebahan dan informasi kepada anda semua. Terima kasih.

Latar Belakang

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan.

Definisi Guru Ganti

Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Tugas Guru Ganti

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Taraf Perkhidmatan dan Kadar Upah Guru Ganti

  • Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.
  • Tempoh bertugas Guru Ganti tidak boleh melebihi 3 (tiga) bulan dari tarikh lantikan.

Pusat Tanggungjawab

  • Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik Guru Ganti yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan.
  • Bayaran upah bagi Guru Ganti ini diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah

Kelayakan Individu Untuk Memohon Jawatan Sebagai Guru Ganti

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).

Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti

  • Permohonan Guru Ganti oleh sekolah adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN SEMENTARA guru tetap yang SEDIA ADA di sekolah atas sebab Cuti Bersalin, Cuti Sakit, Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Gaji, Menghadiri Kursus, Bertugas Kokurikulum & Koakademik JPN, Menunaikan Haji / Umrah dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang termasuk dalam kiraan kerana dianggap masih berada di sekolah). Walau bagaimanapun kelulusan penempatan adalah tertakluk kepada Peruntukan Waran Guru Ganti dan Waran Perjawatan Tahun Semasa.
  • Permohonan Guru Ganti TIDAK BOLEH digunakan bagi mengisi KEKOSONGAN PERJAWATAN guru tetap yang BELUM DIISI atau DIKOSONGKAN atas sebab persaraan, pertukaran, kenaikan pangkat, lanjut pelajaran bergaji penuh / separuh dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam kiraan kerana dianggap tiada di sekolah).

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:

PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE
Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
E-mel: rahayu.ramlee@moe.gov.my

Dapatkan “Dokumen Berkaitan Guru Ganti 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF/DOCX/XLXS’

BORANG PERMOHONAN OLEH INDIVIDU

  1. Borang GG2020-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2020

BORANG PERMOHONAN OLEH SEKOLAH

  1. Borang GG2020-S : Borang Permohonan Guru Ganti 2020
  2. Borang GG2020-P : Borang Pemantauan Guru Ganti 2020
  3. LAMPIRAN A : Permohonan Cuti Haji Di Bawah Perintah Am 34 & 35 Bab ‘C’
  4. LAMPIRAN B : Borang Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
  5. Surat Siaran : Surat Dari JPN Berkaitan Borang Kemudahan Cuti Bersalin

GARIS PANDUAN DAN PEKELILING BERKAITAN

  1. Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
  2. PP Bil.5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
  3. PP Bil.3 Tahun 2011 : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian
  4. Pegawai Pengawal 2019 : Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2019 KPM

 

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah dan Menengah 2020 Kini dibuka memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.