Penularan Wabak Influenza A di Sekolah

 

cats 4

Penularan Wabak Influenza A di Sekolah ini adalah berdasarkan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 08 Januari 2020 (hari ini).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti perkembangan terkini wabak influenza A di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah. Sehingga hari ini, KPM telah menerima laporan penutupan sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa buah negeri lain apabila ada dalam kalangan muridnya disahkan positif influenza A.

Image result for influenza a"

KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan pemantauan berterusan di sekolah-sekolah yang terlibat.

KPM juga telah mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi sepenuhnya Standard
Operating Procedure (SOP) Pengawalan Penularan Wabak lnfluenza A yang dikeluarkan oleh KPM. Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak sekolah diingatkan juga untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini dan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospilal. Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran akan penyakit ini kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sempurna.

Kerjasama juga diharap daripada ibu bapa supaya peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah. KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin.

Info Berkaitan Influenza daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

*Sila zoom in pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

10 Ris Influenza BM web scaled

10 Ris Influenza BM web1 scaled

10 Ris Influenza BM web2 scaled

10 Ris Influenza BM web3 scaled

Pengenalan

Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.

Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

Agen penyebab:

Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2).

Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama); virus jenis B menyebabkan wabak berlaku dalam satu rantau (beberapa buah negara), dan Jenis C kurang menjejaskan manusia.

Virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen. Oleh itu, vaksin perlu diubah suai setiap tahun agar dapat menentang strain yang baru dengan berkesan.

Jenis dan subjenis virus influenza yang lain wujud pada haiwan dan burung. Penyebaran virus antara spesies boleh menghasilkan subjenis baru yang mampu menjangkiti manusia.

Cara jangkitan: Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup.  Jangkitan juga berlaku melalui i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta ii) tangan yang tercemar.

Tempoh pengeraman: 1 hingga 3 hari.

Tanda dan gejala

SIMPTOM INFLUENZA scaled

Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

Komplikasi

Pneumonia dan maut

Rawatan

Rawatan simptomatik

  • Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk.
  • Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat secukupnya.
  • Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.
  • Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

Tiada rawatan khusus

Amantadine atau rimantadine diberikan dalam tempoh 48 jam dari tempoh jangkitan dan perlu diambil selama tiga (3) hingga lima (5) hari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapat sebarang rawatan.

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Dapatkan vaksin setiap tahun (kerana strain vaksin sentiasa dikemaskini mengikut perubahan antigen virus influenza yang berterusan). Vaksin influenza tidak berkesan untuk melindung individu dari jangkitan influenza jenis lain kerana berlainan virus penyebab.

Vaksin mengambil masa dua minggu untuk memberi perlindungan dan boleh bertahan sehingga setahun.

Jenis vaksin: Virus tidak berjangkit yang lemah.

Bilangan dos: Satu (1), suntikan untuk individu berusia lebih 9 tahun, dua (2) dos sekurang-kurangnya 4 minggu selepas dos pertama untuk bayi berumur 6 bulan hingga 9 tahun. Separuh dos untuk bayi berumur 6 hingga 36 bulan.

Booster: setiap tahun; individu yang terjejas daya tahan badan (berpunca dari ubat-ubatan atau penyakit) perlu menerima dos kedua (2) 4 minggu selepas dos pertama.

Kontraindikasi: Hipersensitiif terhadap dos sebelumnya atau hipersensitif yang teruk pada telur

Tidak balas buruk: Sakit setempat dan tempat suntikan berasa lembut (20%), demam dan malaise (rasa lemah atau kurang sihat).

Sebelum berlepas: Dua (2) minggu sebelum berlepas. Bagi individu yang berisiko tinggi, dapatkan vaksinasi sebelum musim influenza jika melawat ke negara yang sedang mengalami influenza bermusim.

Langkah berjaga-jaga khusus: Tiada.

Langkah berjaga-jaga

  • Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
  • Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
  • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
  • Hindari tempat awam semasa wabak selesema.
Semakan Akhir:9 Mei 2014
Penulis:Dr. Norhayati Rusli

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Penularan Wabak Influenza A di Sekolah memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.