Penambahbaikan RMT Tahun 2020

 

cats 6

Penambahbaikan RMT Tahun 2020 ini adalah bersumberkan daripada kenyataan media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertarikh 20 Januari 2020.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penambahbaikan mula dilaksanakan pada hari ini dan dikhususkan kepada murid-murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada golongan keluarga dalam kategori miskin tegar dan miskin.

Program RMT ini merupakan penambahbaikan kepada program makanan tambahan sedia ada yang akan memanfaatkan murid-murid daripada golongan miskin. RMT merupakan program bantuan makanan sedia ada yang disasarkan kepada murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga miskin tegar, murid kurang upaya (OKU) dan murid di sekolah orang AsliPenan. Seperti tahun-tahun yang lepas, RMT akan diberikan kepada murid yang disasarkan bermula dari hari pertama sesi persekolahan.

Penambahbaikan yang dilakukan kepada program RMT adalah termasuk mengubah waktu pelaksanaan serta meningkatkan jumlah penerima dengan mengambil kira murid yang berada dalam kategori miskin dan bukan sahaja miskin tegar.

Sebagai permulaan, program ini melibatkan sebanyak 100 buah sekolah dan 4000 orang murid di seluruh negara. Masa pelaksanaan program ini adalah antara jam 7.00 hingga 7.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan antara jam 12.30 hingga 2.00 petang bagi persekolahan sesi petang. Perbezaan masa bagi sesi pagi ini adalah berbeza dari program RMT sebelum ini di mana murid-murid diberi makan pada waktu rehat sekolah.

Melalui pelaksanaan program ini, murid-murid diberikan pendidikan kesihatan dengan mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat yang membantu merangsang proses tumbesaran mereka di peringkat umur awal persekolahan. Nilai-nilai murni, pembinaan sahsiah diri dan disiplin dapat diterapkan melalui amalan adab dan etika makan dalam kalangan murid.

Pelaksanaan penambahbaikan program RMT ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Perkara ini selari dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

KENYATAAN MEDIA RMT1

KENYATAAN MEDIA RMT2

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaituPenambahbaikan RMT Tahun 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.