Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Ditangguhkan

 

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Ditangguhkan ini adalah berdasarkan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada hari ini, 9 Januari 2020.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentit Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadualkan bermula 1 Januari 2020 ditangguhkan sehingga satu kajian semula dilaksanakan dengan pihak yang berkaitan dan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan pemansuhan BIPK kepada pegawai lantikan baharu melibatkan 33 skim perkhidmatan seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah DITANGGUHKAN.

KENYATAAN MEDIA
PEMANSUHAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK) DITANGGUH DAN DIKAJI SEMULA

EN0ZvtZUEAAN V8

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Ditangguhkan memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.