Kasut hitam: Kerajaan buat kajian pelaksanaan, bukan semak semula dasar

 

Kasut hitam: Kerajaan buat kajian pelaksanaan, bukan semak semula dasar ini merupakan berita terkini berkaitan dunia pendidikan di Malaysia.

Kita sedia maklum, pelaksanaan kasut hitam sudah dilaksanakan sejak 2018 lagi, namun pelaksanaan yang wajib adalah pada tahun depan, 2021. Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan artikel berita tulisan Fion Yap, wartawan Malaysiakini:

Kerajaan bukan mengkaji kemungkinan membatalkan dasar pemakaian kasut hitam di sekolah, tetapi hanya melakukan kajian pelaksanaan berhubung perkara itu.

Salah faham timbul di media sosial apabila laman Facebook “Friends of Maszlee Malik” memuat naik pekeliling Kementerian Pendidikan dan mendakwa dasar itu dikaji semula.

Hantaran itu telah dipadam tetapi dakwaan itu dipetik beberapa media.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Kementerian Pendidikan berkata kerajaan melaksanakan kajian pelaksanaan dan bukan mengkaji semula dasar itu.

“Bukan kajian semula, hanya tinjauan untuk melihat maklum balas sekolah dan murid sejak pemakaian kasut hitam dilaksanakan.

“Kementerian Pendidikan ingin mendapatkan dapatan data pelaksanaan pemakaian kasut hitam di peringkat sekolah.

“Pihak sekolah perlu mengisi kajian pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari 2020,”

Pekeliling bertarikh 14 Januari 2020 (semalam) itu ditujukan kepada semua pengarah pendidikan Jabatan Pendidikan negeri, dan meminta sekolah mengisi tinjauan.

Selain aspek teknikal sekolah, tinjauan itu hanya mengemukakan tiga soalan, iaitu jumlah keseluruhan pelajar, jumlah pelajar yang memakai kasut hitam dan jumlah pelajar yang memakai kasut putih.

Sehubungan dengan itu, diharap semua tidak salah faham berkaitan perkara ini yang mana ditegaskan semula bahawa ia hanya sekadar tinjaun daripada kerajaan berkaitan pelaksanaan pemakaian kasut hitam di sekolah.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kasut hitam: Kerajaan buat kajian pelaksanaan, bukan semak semula dasar memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.