TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

Himpunan Lengkap Templat Pelaporan PBD KSSM Tingkatan 4

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Himpunan Lengkap Templat Pelaporan PBD KSSM Tingkatan 4 ini merupakan perkongsian terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Umum sedia maklum, berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM BILANGAN 6 TAHUN 2019 – PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI TAHUN 2020, pakej mata pelajaran baharu telah diperkenalkan.

Sehubungan dengan itu, templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga turut disediakan dalam membantu guru menyediakan pelaporan PBD untuk kegunaan mulai tahun ini (2020) pada peringkat Menengah Atas Tingkatan 4.

Templat pelaporan PBD yang disediakan adalah merangkumi pakej mata pelajaran seperti berikut:

  1.  Templat Pelaporan PBD KSSM MPV Tingkatan 4 
  2.  Templat Pelaporan PBD KSSM MPET Tingkatan 4 
  3.  Templat Pelaporan PBD KSSM MPAK Tingkatan 4 

Dapatkan “Himpunan Lengkap Templat Pelaporan PBD KSSM Tingkatan 4” di sini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘XLXS’

Download : Himpunan Lengkap Templat Pelaporan PBD KSSM Tingkatan 4

 Templat Pelaporan PBD KSSM MPV Tingkatan 4 






















 

PANDUAN PENGGUNAAN TEMPLAT PELAPORAN PBD

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

MAKLUMAT AM

Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet) :

  1. PANDUAN
  2. REKOD PRESTASI MURID
  3. LAPORAN MURID (INDIVIDU)
  4. DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
  5. GRAF PELAPORAN

PENGGUNAAN TEMPLAT

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID.

Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

  1. Nama dan Alamat Sekolah
  2. Nama Guru dan Nama Kelas
  3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
  4. Nama Pentadbir
  5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)

TAHAP PENGUASAAN

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.

PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN (Dilengkapkan oleh unit mata pelajaran)

  1. Pentaksiran perlu dilakukan sepanjang masa dan tahap penguasaan murid dipantau secara berterusan. Tahap penguasaan ini boleh dicatat di dalam buku rekod, atau lain-lain tempat catatan; tetapi untuk tujuan pelaporan kepada ibu bapa, ia boleh direkod di dalam templat yang dibekalkan ini dan dilaporkan dua kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
  2. Templat pelaporan ini terdiri daripada empat lajur yang dibina berdasarkan konstruk kemahiran.
  3. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman Rekod Prestasi Murid untuk membuat pelaporan di dalam templat ini.
  4. Pelaporan bagi kemahiranyang berkaitan akan dilakukan pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
  5. Tahap Penguasaan diberikan berdasarkan setiap rubrik mengikut konstruk kemahiran tersebut seperti di halaman Data Peryataan Tahap Penguasaan.  (Nota: Pegawai mata pelajaran boleh menambah teks lain di dalam ruang ini tetapi 5 perkara di atas hendaklah dikekalkan)

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Himpunan Lengkap Templat Pelaporan PBD KSSM Tingkatan 4 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.