Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2020 ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 27 Disember 2019 yang bertajuk SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2020 BAGI SEKOLAH KERAJAAN (SK) DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SBK)
Sebagaimana kita sedia maklum, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2020 dengan tujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapapenjaga murid.
Bantuan berjumlah RM100 bagi seorang murid akan diteruskan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setarat dengannya) yang terdiri dari kalangan isi rumah berpendapatan kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Sebagai makluman , peruntukan bantuan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 3 Januari 2020.
Untuk makluman, Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kepada Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan tahun 2019 adalah masih diguna pakai untuk pelaksanaan tahun 2020.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan BAP bagi murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
Kriteria Kelayakan
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan BAP adalah mulai Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa.
KADAR
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
AGIHAN BANTUAN
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal 4 Januari tahun semasa secara berperingkat terus ke;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Dapatkan “Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kepada Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan tahun 2019” di sini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kepada Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan tahun 2019
- SURAT SIARAN BAP 2019 SK SBK
- GARIS PANDUAN BAP KEPADA MURID SK SBK
- BORANG PB1 BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
- BORANG PB2 BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2020Â memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.