Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan AKP secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM bagi Januari hingga Jun Tahun 2020

 

Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan AKP secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM bagi Januari hingga Jun Tahun 2020 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 26 Disember 2019.

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Dapatkan “Iklan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan AKP secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM bagi Januari hingga Jun Tahun 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KPM BAGI JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2020

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020.

Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING – MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat.

Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 06 JANUARI 2020 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

Semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan : CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);
  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  5. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Cuti atau Tanpa Sebab Munasabah Atau Tanpa Kelulusan / Kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK.

Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Bagi urusan kenaikan pangkat EX-PPPLD dari Gred DG42 ke Gred DG44, Ketua Jabatan dipohon untuk mengemaskini tarikh pemangkuan dan kenaikan pangkat DG42 di dalam sistem ePangkat.

Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan AKP secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM bagi Januari hingga Jun Tahun 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.