Tiada Aktiviti pada Hari Sabtu Minggu Pertama, Ketiga dan Kelima ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016 bertajuk Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu yang masih berkuat kuasa sehingga kini.
Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2005 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2005: Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu yang antara lain bertujuan untuk memantapkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dan pembangunan diri sepanjang hayat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu, bagi memperjelaskan pelaksanaannya di semua institusi di bawah pentadbiran KPM.
KPM ingin menegaskan semula kepada semua pihak yang terlibat, bahawa pelaksanaan bekerja lima hari seminggu seperti yang termaktub dalam SPI Bil 8/2005 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Dalam hal ini pihak JPN,PPD serta pengetua dan guru besar hendaklah menyelaraskan pelaksanaan program, aktiviti termasuk mesyuarat yang melibatkan guru-guru di peringkat masing-masing.
Bagi tujuan penyelarasan pelaksanaan program, aktiviti dan mesyuarat tersebut, hari Sabtu yang dibenarkan ialah hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat sahaja. Tiada sebarang aktiviti, program atau mesyuarat dibenarkan untuk dijalankan pada hari Sabtu minggu pertama, minggu ketiga dan minggu kelima.
Dapatkan “Surat yang Berkaitan” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 : Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu
- Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016
Pihak pengurusan JPN, PPD dan sekolah pedu memastikan arahan di perenggan 3 dan juga Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005: Pelaksanaan Bekerja Llma Harl SemInggu yang sedang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tiada Aktiviti pada Hari Sabtu Minggu Pertama, Ketiga dan Kelima ini memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.