Takwim Pendaftaran Peperiksaan Awam dan Pentaksiran Pusat 2020 ini adalah terkini daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan bahawa tarikh pendaftaran peperiksaan awam dan pentaksiran pusat bagi UPSR, PASR, PT3, SPM,SPMU, UPBA dan STAM tahun 2020 bagi calon sekolah dan calon persendirian adalah mulai
1 Mac hingga 31 Mac 2020.
Makluman Pendaftaran ini hendaklah dibaca bersama-sama Panduan Pengurusan Peperiksaan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA dan STAM.
Pendaftaran peperiksaan awam dan pentaksiran pusat bagi UPSR, PASR, PT3, SPM,SPMU, UPBA dan STAM hendaklah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi pendattaran bagi setiap peperiksaan atau pentaksiran dengan mematuhi syarat-syarat pendattaran yang telah ditetapkan dan surat pekeliling ikhtisas berkaitan yang masih berkuatkuasa.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan pentadbir sekolah boleh mula mengakses aplikasi pendattaran peperiksaan awam dan pentaksiran pusat bagi UPSR,PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA dan STAM tahun 2020 secara dalam talian mulai tarikh berkenaan.
Dapatkan “Takwim Pendaftaran Peperiksaan Awam dan Pentaksiran Pusat 2020” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Tarikh Pendaftaran 2020
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Takwim Pendaftaran Peperiksaan Awam dan Pentaksiran Pusat 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.