Semakan Tawaran Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020

 

Semakan Tawaran Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020 ini merupakan pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan tawaran bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020 akan dibuka mulai 12 Disember 2019, jam 4.00 petang melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS).

Tarikh akhir maklum balas setuju terima tawaran ialah pada 10 Januari 2020, 11.59 malam.

NPQEL

Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah

Aspirasi

1. Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.
2. Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Pautan: Syarat permohonan
Pautan: Manual pengguna
Pautan: Manual memuat naik borang kesihatan dan gambar

PENTING: Pastikan maklumat dalam e-Operasi dan e-Pangkat telah dikemas kini

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Semakan Tawaran Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020 memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.