
Semakan Tawaran Penempatan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2020 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan penempatan ke Tingkatan Satu bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun hadapan (2020) kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dilakukan di portal rasminya mulai 18 Disember 2019 (esok) bermula pada jam 03:00 petang sehingga 7 Januari 2020.
Semakannya hendaklah dibuat secara dalam talian di SINI.

Admin mengucapkan semoga berjaya mendapat penempatan di SBP ini. Semoga kejayaan milik anda. Insya-Allah. Banyak keistimewaan dan kelebihan mengikuti SBP ini antaranya dikongsikan melalui perkongsian Abam Kie (bukan nama sebenar) iaitu seperti berikut:
1) BERDIKARI
Berdiri di atas kaki sendiri. Ianya menjadi kelebihan kerana mengajar anak-anak agar jangan malas. Kena basuh baju sendiri, lipat sendiri, kapur kasut sendiri, iron baju sendiri. Semuanya SENDIRI. hahaha. Ada berani? Sahutlah cabaran, anak manja!
2) MAKAN ORANG SEDIAKAN
Ha ini part best bagi abam kie (teringat kenangan dulu-dulu). Semua SBP mempunyai Dewan Makan sendiri. Waktu makan tu, tinggal ambil, pastu suap dalam mulut je. Bersyukurlah anak-anak, dah la anda pelajar terpilih, makan pun orang sediakan, apa lagi? Bersyukurlah .
3) SEMANGAT ASSABIAH YANG TINGGI ( kadang-kadang melampau!)
Ini dapat dilihat paling ketara waktu hari sukan . Rumah Y boikot Rumah X. hahaha. Semangat ni, ada baik buruknya. Tentang hubungan senior junior, buli itu tak dapat nak elak. Eh! Asalkan anda tak ganggu orang, kenapa anda perlu takut? Ada senior buli? Guru disiplin ada. Setiap sekolah ada undang-undang. Tapi janganlah melampau sampai kalau setakat senior pandang macam nak makan je hang pi jumpa cikgu disiplin. Manja sangat tu! Lagi satu, semua SBP mengamalkan sistem merit (tambah markah) dan demerit (tolak markah). Anda akan dapat markah merit kalau ada ahli rumah (bukan rumah sewa, rumah sukan) yang aktif dalam pelbagai aktiviti macam pidato, sukan, wakil sekolah ke Jepun, dsb. Tapi! demerit akan berlaku jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah mcm bawak handphone, buli, hisap rokok. Pada akhir tahun, rumah sukan yang mempunyai merit tertinggi akan diiktiraf sebagai juara. Kira hebat la ni ahli2 rumah sukan tu .
4) PELUANG MEMPELAJARI BAHASA KETIGA
Teruja tak? Tapi bagi peminat K-Pop, harap maaf, takde bahasa Korea. SBP hanya sediakan lima bahasa utama iaitu Arab, Jepun, Mandarin, Jerman dan Perancis. Setiap tahun juga, SBP akan hantar pelajar2nya ke negara2 tersebut (selalunya budak Jepun lah dapat) dalam program pertukaran pelajar. Anda ke sana, pelajar luar negara ke sini (Malaysia).
5) PELUANG AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM
Okey, tak dinafikan semua sekolah ada ko-kurikulum, tapi istimewanya SBP ni, masa berlatih lebih banyak memandangkan anda pelajar asrama. Contoh la ye macam sekolah Abam Kie dulu, kami merupakan Johan Pancaragam dan Orkestra Peringkat Kebangsaan berapa kali gak. Pernah gak wakil Malaysia ke peringkat dunia. Rahsianya? Sebab pagi, petang, siang, malam berlatih. Kadang2, pengetua bagi kelonggaran balik kelas awal untuk berlatih pancaragam, best kan? Kriket, hoki dan ragbi pun nama kami harum mekar di peringkat kebangsaan. Ada juga bidang ko-kurikulum lain seperti bolasepak, badan beruniform, debat, nasyid…..semua ada nama . ada juga yang wakil sekolah ke luar negara dlm pelbagai bidang contoh : rekacipta, robotik dan engineering.
6) PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARAÂ
Ada sesetengah sekolah SBP buat lawatan ke sekolah lain di luar negara dalam usaha nak dapatkan kebitaraan sekolah mereka. Macam pertukaran pelajar jugak lah, dan mereka bertukar-tukar pendapat dan pengalaman macam sistem perpustakaan, sistem pembelajaran, IT dan macam-macam lagi.
7) BERSAING DENGAN PELAJAR LAINÂ
Dah nama SBP, pasti mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang seluruh negara. Persaingan pun sengit, semangat nak belajar pun positif sebab semua berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. Ada juga cikgu buat kelas tambahan PERCUMA je tanpa bayaran untuk pelajar. Kalau sekolah harian, tuisyen kan dah kena bayar, mahal pulak tu. SBP semua cukup! Anak-anak, tinggal belajar je.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Semakan Tawaran Penempatan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2020Â ini memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.