Panduan Lengkap Pelaksanaan Pendidikan Sivik Sepanjang 2020

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Panduan Lengkap Pelaksanaan Pendidikan Sivik Sepanjang 2020 ini adalah bersumberkan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2019.

Merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Sivik wajib dilaksanakan mulai Jun 2019.

Pengenalan

Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di sekolah menengah, pembelajaran pendidikan sivik membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Pendidikan sivik memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.

Hasrat ini boleh dicapai melalui pendekatan bersepadu menerusi perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program dan aktiviti sekolah. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik disampaikan secara pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Sejarah. Penyepaduan dalam mata pelajaran ini disediakan dalam Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik.

Kandungan ini membolehkan murid memahami dan menghayati pelbagai ilmu dan maklumat seperti hak asasi, hubungan dengan orang lain, kelestarian alam sekitar, warisan budaya masyarakat Malaysia, dan kedaulatan negara. Pemahaman tentang pendidikan sivik membolehkan murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, berunding dan menyelesaikan konflik serta membuat keputusan, hidup bersama-sama dalam
masyarakat berbilang kaum dan etnik serta menyumbang kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran sivik juga dapat membentuk perwatakan murid supaya menjadi warganegara yang bersatu padu, bersemangat patriotik, berintegriti dan ke arah kesejahteraan masyarakat, negara serta global.

Perincian pemetaan ini disokong dengan penyediaan modul sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sivik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah di sekolah menengah. Modul exemplar yang disediakan memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan, sosioemosi dan tindakan sivik serta menyarankan pelbagai kaedah PdP bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik dapat dilaksanakan secara berkesan.

Pendidikan sivik hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan semua pihak dapat mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik dan mengetahui hak serta tanggungjawab sebagai warganegara dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan global.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan jadual penerapan nilai murni di sekolah sepanjang tahun 2020 (Sumber: Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2019)

 

Juga dikongsikan panduan lengkap pelaksanaan Pendidikan Sivik.

Dapatkan “Panduan Lengkap Berkaitan Pelaksanaan Pendidikan Sivik 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Panduan Lengkap Berkaitan Pelaksanaan Pendidikan Sivik Mulai Jun 2019

  1. JADUAL PENERAPAN NILAI MURNI PENDIDIKAN SIVIK 2020
  2. Info Ringkas Berkaitan Pendidikan Sivik yang Perlu Anda Tahu
  3. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kegunaan Prasekolah

  1. Modul Sivik Prasekolah

Kegunaan Sekolah Rendah

  1. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah Kegunaan Jun sehingga November 2019
  2. Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Rendah (Tahap 1)
  3. Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Rendah (Tahap 2)

Kegunaan Sekolah Menengah

  1. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Menengah Kegunaan Jun sehingga November 2019
  2. Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Rendah)
  3. Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Menengah Atas)

Kokurikulum

  1. Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Lengkap Pelaksanaan Pendidikan Sivik Sepanjang 2020 dapat membantu semua pihak khususnya guru-guru dalam menerapkan Pendidikan Sivik sama ada dalam kurikulum, kokurikulum dan lain-lain. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>