Klasifikasi Fail Sekolah

 

Klasifikasi Fail Sekolah disediakan melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Arkib Negara Malaysia (ANM).

Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini akan menjadi sumber rujukan utama dalam mengemas kini pengurusan fail yang sedia ada serta menetapkan kod klasifikasi fail bagi setiap sekolah yang keseluruhannya berjumlah 10,208 buah.

Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini disediakan dengan tujuan membantu pegawai dan kakitangan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

Seterusnya, memudahkan pencapaian dan perkongsian maklumat. Pengurusan sistem fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Seterusnya, sesuatu maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan tindakan dapat diambil dengan segera.

Keadaan ini akan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan kepada pengguna serta meningkatkan kecekapan tadbir urus kementerian.

Penggunaan Klasifikasi Fail berdasarkan fungsi dalam sektor awam telah disebarluaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 –  Panduan Pengurusan Pejabat.

Klasifikasi Fail ini dapat mewujudkan keseragaman dalam pengurusan rekod kerajaan yang berkaitan fungsi, aktiviti khusus dan sub-aktiviti bagi sesebuah organisasi.

Ia menggambarkan perkhidmatan teras sesebuah organisasi yang menyediakan satu kerangka pengurusan rekod yang sistematik. Ia akan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Semoga Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini menjadi panduan pengurusan fail bagi semua warga kerja sekolah bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkualiti.

Tatacara ini disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Sekolah-sekolah mengenai langkah-langkah menggunakan template klasifikasi fail berdasarkan fungsi dan aktiviti.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

  1. Menyediakan Manual Klasifikasi Fail yang mengandungi kaedah dan penerangan.
  2. Memastikan klasifikasi fail digunakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia.
  3. Memastikan semua fail sedia ada ditutup dan tiada sebarang transaksi keluar dan masuk kecuali dipinjam untuk tujuan rujukan sahaja :
    Contoh : “Fail ditutup pada 10.10.2019
    Sila rujuk klasifikasi baharu”

Dapatkan “Klasifikasi Fail Sekolah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Klasifikasi Fail Sekolah

 

Antara kandungan fail ini seperti berikut:

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Klasifikasi Fail Sekolah dapat membantu semua pihak dan digunakan oleh semua sekolah di Malaysia dalam melaksanakan pengurusan rekod yang menyeluruh dan berkesan, ke arah tadbir urus rekod yang baik di semua sekolah. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.