DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Kegunaan Mulai 2020 adalah terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2019 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN KSSR (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN MUZIK BAGI MENGGANTIKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESENIAN MULAI TAHUN 2020 bertarikh 7 November 2019., Pendidikan Kesenian (KSSR Semakan) akan diasingkan semula kepada mata pelajaran yang sebelumnya, iaitu Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Pendidikan Muzik (PMz) mulai tahun depan (2020).
Sehubungan dengan itu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Kesenian tidak lagi digunakan tidak kiralah Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 kerana mulai tahun depan, guru yang mengajar mata pelajaran ini akan menggunakan DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
DSKP yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pendidikan Seni Visual (PSV)
- Tahun 1
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
Pendidikan Muzik (PMz)
- Tahun 1
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
Anda boleh mendapatkan semua DSKP ini pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Kegunaan Mulai 2020” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Kegunaan Mulai 2020
DSKP KSSR SEMAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) | |
1 | TAHUN 1 |
2 | TAHUN 2 |
3 | TAHUN 3 |
4 | TAHUN 4 |
PENDIDIKAN MUZIK (PMz) | |
1 | TAHUN 1 |
2 | TAHUN 2 |
3 | TAHUN 3 |
4 | TAHUN 4 |
PELAKSANAAN
Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik adalah seperti berikut:
- Dilaksanakan mulai tahun 2020 di Tahun 1 hingga Tahun 4. Perincian pelaksanaan adalah seperti dalam Lampiran 1.
- Menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik. DSKP boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum.
- Peruntukan masa minimum setahun ialah 32 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan 16 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik. Bagi setiap sesi pengajaran dan pernbelajaran (PdP), Pendidikan Seni Visual dilaksanakan satu jam manakala bagi Pendidikan Muzik dilaksanakan 30 minit.
- Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik diajar aleh guru opsyen
- Menggunakan buku teks KSSR Pendidikan Kesenian sedia ada sehingga buku teks KSSR Pendidikan Seni Visual dan KSSR Pendidikan Muzik diterbitkan secara berasingan.
- Menggunakan templat perekodan dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik. Templat perekodan dan pelaporan PBD boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum.
- Menggunakan Geran Per Kapita (PCG) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah mengikut surat pekeliling kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Kegunaan Mulai 2020Â memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.