DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 Kegunaan 2019

DSKP 2

DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 Kegunaan 2019 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

MATLAMAT

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF UMUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
  2. Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
  3. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan respons dengan betul;
  4. Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
  5. Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun;
  6. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan;
  7. Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera;
  8. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan; dan
  9. Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Objektif Standard Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi vokal, konsonan, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;
  2. Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap soalan, suruhan, dan pesanan dengan betul;
  3. Bertutur secara bertatasusila dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai untuk menyampaikan maklumat dan idea yang kritis dan kreatif;
  4. Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami perkataan, frasa, dan ayat;
  5. Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan kosa kata, idea tersurat, dan idea tersirat;
  6. Membaca dan mengenal pasti kandungan teks bahan sastera dan bahan bukan sastera;
  7. Membaca, memahami, dan mempersembahkan karya sastera;
  8. Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas;
  9. Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul;
  10. Mencatat maklumat tentang sesuatu perkara;
  11. Menulis perkataan, frasa, dan ayat secara imlak;
  12. Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul;
  13. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan dan tanda baca dengan betul;
  14. Bercerita dan menuturkan cerita haiwan, cerita jenaka, dan simpulan bahasa menggunakan bahasa kiasan yang sesuai;
  15. Melafazkan pantun nasihat dua kerat dan empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul;
  16. Menyanyikan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dengan irama yang betul;
  17. Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul;
  18. Mencipta dan mempersembahkan pantun dua kerat, empat kerat dan syair irama selendang delima secara kreatif;
  19. Mengenal pasti dan menggunakan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, penjodoh bilangan, dan kata kerja mengikut konteks dengan betul;
  20. Mengenal pasti dan menggunakan kata adjektif, kata tugas, kata tanya, dan kata perintah mengikut konteks dengan betul;
  21. Mengenal pasti dan menggunakan kata berimbuhan awalan dan akhiran mengikut konteks dengan betul;
  22. Mengenal pasti dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas mengikut konteks dengan betul;
  23. Mengenal pasti dan menggunakan kata ganda penuh mengikut konteks dengan betul; dan
  24. Mengenal pasti jenis ayat penyata, ayat tanya dengan kata tanya, ayat perintah dan ayat seruan, serta menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks dengan betul.

Dapatkan “DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 Kegunaan 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 Kegunaan 2019

 

Organisasi DSKP

STANDARD KANDUNGAN

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

STANDARD PEMBELAJARAN

Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

STANDARD PRESTASI

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success)

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 Kegunaan 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.