Dokumen Disiplin Kelas ini merupakan perkongsian daripada Cikgu Mimi Norashikin. Terima kasih cikgu.
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, mendapat Cikgu Mimi berkongsi lembaran yang beliau gunakan untuk kekal tenang menghadapi kerenah murid dalam kelas yang mana beliau catatkan semua dalam lembaran ini iaitu 1 kelas 1 lembaran.
“Cukup 3 kali, saya bawa awk jumpa kaunselor atau guru disiplin” (berkaitan kes-kes berat sajaa)
Ya lah, kadang-kadang, budak ni tak sihat/penat sangat pada hari tersebut menyebabkan mereka tertidur, kita bagi peluang. Tapi kalau dah selalu tu, mesti ada something wrong somewhere.
Program 3 penjuru beliau akan tunjukkan lembaran ni. Bukti perangai anak dalam kelas yang mana pada bahagian hujung pula ada markah ujian/peperiksaan..
Bukan apa, pelajar ni berubah-ubah personalitinya mengikut kelas. Mungkin suka cikgu ni, baik je jadinya.. yang mereka kurang suka, mula la “meragam” sana sini 🤣
Kesimpulan, lembaran ni la membuatkan beliau dapat merekod dengan ketekalan data. Lagi pula di zaman don’t touch my kids ni.. ✌️
Cara yang beliau gunakan dokumen ini adalah bukan tampal di kelas tapi dibawa setiap kali masuk ke dalam kelas. Jadi beliau yang berkuasa penuh ke atas dokumen ini, tidak di dikongsi dengan cikgu lain. Dokumen ini juga boleh dijadikan sebagai refleksi utk diri sendiri juga.
Guna seperti buku kehadiran pelajar, cumanya kita sebagai guru subjek. Senang cerita dokumen kawalan kelas. Ambil kehadiran, rekod salah laku, rekod merit jika muridbuat baik/dapat menjawab soalan. Hujung bulan berikan ganjaran. Dokumen ini juga tempat utk catat markah ujian/pep sebelum key in ke saps.
*kalau tampal di kelas, berkemungkinan dokumen ni dimanipulasi oleh murid-murid sendiri. Apa-apapun, ikut kreativiti cikgu. 😉
Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan dokumen tersebut.
Dapatkan “Dokumen Disiplin Kelas” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Dokumen ini BOLEH DIEDIT.
Download :
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Dokumen Disiplin Kelas ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.