Bantuan Khas Penjawat Awam 2019 dibayar 18 Disember ini merupakan berita terkini daripada Bernama, Harian Metro.
BANTUAN Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Disember ini.
Bantuan ini diberikan dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Disember 2019 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.
Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bayaran khas tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam kenyataan.
Lim berkata, bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.
Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka, katanya.
Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu.
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Bantuan Khas Penjawat Awam 2019 dibayar 18 Disember ini memberikan manfaat buat semua. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.