9 Langkah Mudah Menyalin Teks daripada Buku ini merupakan perkongsian daripada Cikgu Muttakin Akmal (jutaan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi perkara ini).
Cara yang dimaksudkan oleh beliau adalah dengan menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar (smartphone) iaitu aplikasi yang dibangunkan oleh Google, Google Lens.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda dapat menjimatkan masa untuk menyalin teks daripada buku yang anda inginkan.
Google Lens
Google Lens adalah teknologi pengenalan imej yang dibangunkan oleh Google, yang direka untuk memajukan maklumat berkaitan dengan objek yang mana menggunakan analisis visual berdasarkan rangkaian saraf.
Ia mula-mula disediakan sebagai aplikasi yang berdiri sendiri, kemudian diintegrasikan ke dalam aplikasi kamera Android standard.
Berikut merupakan fungsi aplikasi Google Lens ini:
- MENGIMBAS DAN MENTERJEMAHKAN TEKS
- MENGENAL PASTI TUMBUHAN DAN HAIWAN
- MENEROKA KAWASAN BERDEKATAN ANDA
- MENGETAHUI APA YANG PERLU DIPESAN
- MENGIMBAS QR KOD DAN BARKOD
Berikut dikongsikan langkah-langkahnya:
LANGKAH 1
Buka Google Playstore, cari dan download Google Lens.
LANGKAH 2
Buka Apps Google Lens
LANGKAH 3
Halakan kamera ke arah text buku yg ingin disalin. Biarkan seketika sehingga teks-teks tersebut dihighlightkan.
ps: pastikan helaian buku anda berada dalam keadaan rata dan tidak melengkung.
LANGKAH 4
Tekan button capture 🔎 setelah semua teks yg diperlukan telah di highlightkan.
LANGKAH 5
Select teks yang ingin di salin. Tekan Copy text di bahagian bawah.
LANGKAH 6
Buka Google Docs (perlu install sekiranya belum ada).
LANGKAH 7 DAN 8
Klik butang (+) utk buka dokumen baru. Kemudian, Klik new document.
LANGKAH 9
Klik pada tempat taip (sebahagian fon perlu klik dan hold) dan pilih “Paste”
Tadaaaa! Siap!
Saya gunakan Google Docs kerana ia boleh di save dalam bentuk Microsoft Word.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 9 Langkah Mudah Menyalin Teks daripada Buku ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.