9 Langkah Mendapatkan Semula Fail dalam Pendrive yang Kena Virus ini adalah melalui perkongsian daripada Facebook Page Hafiz Glass Tint (jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi tutorial ini).
Pendrive kena virus? Habis hilang semua barang dalam pendrive? Pendrive ada isi tapi buka kosong je. Begini cara-caranya nak dapatkan balik. Ikuti langkah-langkah pada gambar di bawah ini:
LANGKAH 1
Tengok pendrive ada pada (H:) atau (G:) kalau kat (H:) kena ingt la H ye. Kalau G ingat la G.
LANGKAH 2
Search taip ni C:\Windows\System32\cmd.exe lepas tu tekan Enter.
LANGKAH 3
Lepas tekan Enter tadi pedepap benda hitam ni keluar dengan ayat sama macam tu. Jgn takut takde apa, takde rosak pc.
LANGKAH 4
Taip cd.. lepas pada ayat command C:\Windows\System32> tu ye. Lepas tu tekan Enter.
LANGKAH 5
Pedepap lepas tekan enter tadi dia keluar lagi pendek dari ayat tadi. Ok ini sudah bagus.
Memang ini yang kita mahu.
LANGKAH 6
Taip lagi cd.. tekan Enter. Pedepap dia keluar tinggal C:\> je kan? Cantik memang dah betul sangat dah la tu.
LANGKAH 7
Tadi no.1 tadi dah pesan suruh ingat pendrive tadi kat H atau G kan? Jadi kalau dekat H maka taiplah h: dan tekan Enter.
LANGKAH 8
Tu dia, dia dah bertukar dari C jadi H kan? Betul la tu.
LANGKAH 9
Kemudian taip lah ayat ni lepas pada H:\> tu kasi taip ni attrib -s -h -r /s /d tekan Enter. Kemudian tunggu. Sampai dia keluar bawah tu H:\> kalau dah ada kasi padam pangkah je paparan hitam ni. Pergi My Computer buka la pendrive.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 9 Langkah Mendapatkan Semula Fail dalam Pendrive yang Kena Virus ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.