4 Langkah Print Sticker Buku Sekolah dengan Mudah ini merupakan perkongsian daripada saudara Mohd Iyyad Mohd Fahmi. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian ini.
Memandangkan sekarang ni musim cuti, admin kongsikan cara print sticker untuk buku sekolah anak/murid hanya dengan bermodalkan RM2.16 sahaja. Murah dan mudah bukan? Baiklah, berikut dikongsikan cara-caranya:
Langkah 1
Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli size 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli size lain boleh tapi kena edit size sendiri.
Langkah 2
Download word printing template di:
- Option 1: https://goo.gl/ChqLVc (nama anak dan kelas)
- Option 2: https://goo.gl/juiMWv (nama anak, kelas dan subjek)
- Option 3: https://goo.gl/ETRmKX (Hello Kitty)
Langkah 3
Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Jangan tercopy spacing, nanti spacing lari.
Langkah 4
Print, siap.
Maybe boleh print atas kertas A4 dahulu dan bandingkan dengan kertas sticker untuk pastikan tulisan align dengan baik.
Kelebihan menggunakan print sticker ni boleh masukkan info lain seperti nama kelas, nama mata pelajaran dan sebagainya.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 4 Langkah Print Sticker Buku Sekolah dengan Mudah ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.