18 Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/DG48 di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat edarannya bertarikh 16 Disember 2019.
Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BSTP, KPM. Hanya calon-calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Bersama-sama dengan ini disertakan:
(i) Iklan kekosongan jawatan (Lampiran A); dan
(ii) Borang permohonan (Lampiran B).
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 31 Disember 2019 ke alamat seperti di bawah. Diingatkan bahawa hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga:
Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 KUALA LUMPUR
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini bolehlah diajukan kepada:
(i) Encik Ahmad Shazwan bin Zaini 03-2081 8111, shazwan@moe gov my
(ii) Encik Nazlan bin Muhammad Yusof 03-2081 7644, nazlan@moe qov my
Syarat-syarat Umum
- Berada dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
- Berada pada gred DG44 atau DG48 (Hakiki KUP Cemerlang);
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris; - Berkemahiran yang baik dalam penulisan laporan;
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer serta aplikasi perisian;
- Mencapai markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2016, 2017 dan 2018);
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib surcaj bebas daripada sebarang prosiding tatatertib;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
- Tidak berada dalam keberhutangan kewangan yang serius; dan
- Boleh bekerja di luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan.
Syarat-syarat Khusus
Mempunyai kelulusan seperti berikut:
- ljazah Sarjana Muda Sarjana dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab, Pengajian Al-Quran atau bidang berkaitan yang diiktirat oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirat setarat dengannya;
atau (Keutamaan kepada calon yang menguasai dan mahir dalam Bahasa Arab, menghafaz Al-Quran ) - ljazah Sarjana Muda Sarjana dalam bidang Pendidikan (Bahasa Inggeris) yang diiktirat oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Keutamaan kepada calon yang boleh bertutur dalam
Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris ) - Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di sekolah atau lima (5) tahun di Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan tempoh perkhidmatan tersebut tidak termasuk Cuti Belajar Cuti Tanpa
Gaji dan:- mempunyai pengetahuan dalam TPACK (Technological
Pedagogical Content Knowledge) yang merupakan interaksi kompleks tiga (3) bentuk utama pengetahuan iaitu Kandungan (CK), Pedagogi (PK) dan Teknologi
(TK); - memiliki pengetahuan atau pengalaman dalam bidang penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; dan
- memiliki pengetahuan atau pengalaman dalam bidang pembangunan bahan pendidikan seperti di bawah merupakan satu kelebihan:
- penyediaan skrip;
- penyediaan papan cerita;
- pembangunan; dan
- ujilari.
- mempunyai pengetahuan dalam TPACK (Technological
Dapatkan “Dokumen yang Berkaitan” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan Kekosongan Jawatan (2.24 MB)
Borang
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 18 Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/DG48 di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPMÂ ini memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.