Semakan Keputusan eGTukar bagi Pertukaran Januari 2020. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini berkaitan EGTukar. Berita baik untuk guru yang telah membuat permohonan pertukaran di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah.
Pengenalan
e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan
oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa
kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri,
Daerah, dan Sekolah), dan guru.
Sehubungan dengan itu, semakan keputusan permohonan pertukaran guru melalui sistem EGTukar akan dibuka bermula hari ini (11 November 2019 mulai pukul 06 PETANG INI) di pautan EGTukar.
ADALAH DIMAKLUMKAN SEMAKAN PERTUKARAN BAGI SESI JANUARI 2020 BOLEH DISEMAK MELALUI MODUL EGTUKAR SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
- PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 11 NOVEMBER 2019
- PERTUKARAN ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH PADA 18 NOVEMBER 2019
- KEPUTUSAN PENEMPATAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 18 NOVEMBER 2019
Maklumat dan informasi lebih lanjut akan admin maklumkan kepada anda semua sekiranya terdapat perubahan dan kemas kini dari semasa ke semasa.
SILA KLIK IKON DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN EGTUKAR
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Semakan Keputusan eGTukar bagi Pertukaran Januari 2020Â memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
[adinserter name=”sgo 2″