Rizq Islamic School Buktikan Sekolah Aliran Tahfiz Moden Mampu Lahirkan Generasi Islamik Moden Bertaraf AntarabangsaRizq Islamic School Buktikan Sekolah Aliran Tahfiz Moden Mampu Lahirkan Generasi Islamik Moden Bertaraf Antarabangsa

Rizq Islamic School Buktikan Sekolah Aliran Tahfiz Moden Mampu Lahirkan Generasi Islamik Moden Bertaraf Antarabangsa.

Moden, Fleksibel, bertaraf antarabangsa, mempunyai pelbagai hubungan negara luar dan
tahap keselamatan terbaik, itu adalah RIZQ Islamic School(RIS), sekolah tahfiz
antarabangsa pertama di Asia Tenggara yang terletak di Kajang, Selangor.
RIS sebuah sekolah persendirian yang cukup holistik lengkap dan tepat untuk generasi
muda. Menggunakan silibus berdasarkan kurikulum kebangsaan, mempunyai subjek
pengajian islam dan Tahfiz Al-Quran dan juga cukup terkini dengan kemudahan
pembelajaran bertaraf dunia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Meskipun sentimen ‘sekolah Tahfiz’ di Malaysia dipalit dengan pelbagai isu yang negatif,
RIZQ Islamic School membuktikan mereka bukan calang-calang tahfiz harian malah
menggunakan pendekatan tahfiz moden juga mempunyai kemudahan bertaraf
antarabangsa.

Memartabatkan pembelajaran ilmu agama sebagai keutamaan, RIS memulakan
persekolahan harian dengan solat Dhuha secara berjemaah dengan berimamkan pelajar
sendiri. Pengajian awal pagi dimulakan dengan subjek tahfiz dan hafazan dan ketika ini
satu sekolah akan bergema bacaan ayat suci Al-Quran. Manakala sebelah tengah hari
pembelajaran kurikulum kebangsaan dimulakan bagi menghadapi peperiksaan UPSR and
PSRA.

Meskipun dengan teras agama yang utuh, tidak menjadi masalah buat RIS menjadikan
bahasa komunikasi utama adalah Bahasa Inggeris.

Cabaran utama generasi muda kini adalah kesedaran menggunakan peranti moden
dengan bertanggungjawab. Dengan RIS, anak-anak diajar menggunkan peranti dengan
cara berhemah seawal usia 4 tahun. Alat-alat teknologi ini tidak mendatang keburukan,
malah pengajaran yang sistematik dan berhemah akan memberi kebaikan menggunakan
bahan-bahan pembelajaran bermutu tinggi.

RIS sedar permintaan bahan pembelajaran kini bukan seperti zaman dahulu. Dengan itu,
tanggungjawab menghasilkan bahan Augmented Reality(AR) berunsur pendidikan adalah
tanggungjawab kami keran VR memastikan proses pembelajaran mendapat kesan yang
efektif.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

YOUTUBE kini dikhuatiri memberi kesan negatif kepada anak-anak jika tidak ditapis.
Namun menerusi RIZQ VIRTUAL SCHOOL(RVS) pelajar mendapat manfaat yang tinggi
dengan penghasilan material oleh kakitangan RIS sendiri. Disampaikan sendiri oleh guru
masing-masing dengan bantuan grafik dan animasi, RVS menjadikan suasana bilik darjah
lebih menarik hanya dihujung jari tanpa batasan tempat dan waktu.

Sifat kanak-kanak adalah bermain. Namun di RIS kami mempraktikan pembelajaran
menerusi permainan atau dikenali sebagai “Playbased” yang diserap daripada pendidikan
dari negara Finland.

Namun bermain tidak menghalang kanak-kanak untuk mempraktikkan aspek disiplin.
Menerusi program KYOSHOKU disinilah anak-anak dilatih.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KYOSHOKU adalah pembelajaran adab makan dimana etika yang diajar dapat diserap
dalam kehidupan. Kyoshoku mengajar pelajr untuk meminta makanan dengan baik
kepada pihak cafe, diikuti dengan menghidang makanan kepada rakan-rakan mengikut
giliran dan mengemaskan tempat makan. Malah mereka wajib makan di dalam kelas
masing-masing dimana selepas makan mereka bertanggungjawab untuk mengemaskan
tempat masing-masing.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jikalau anda ingin Anak anda menjadi seorang yang lengkap dari aspek rohani, fizikal dan
daya tahan diri yang tinggi, RIZQ Islamic School adalah tempat yang anda perlu anda tuju.
Fasiliti yang lengkap bertaraf antarabangsa dan juga berpatutan.

Pertanyaan Lebih Lanjut

Jika anda ingin tahu mengenai RIZQ ISLAMIC SCHOOL sila layari FACEBOOK, INSTAGRAM, WEBSITE dan YOUTUBE CHANNEL mereka atau hubungi maklumat berikut:

  • ☎ 03-89120447 / 03-89260447
  • 📲 018-3517357/ 012-2350051

[email protected]

www.rizq.edu.my

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Rizq Islamic School Buktikan Sekolah Aliran Tahfiz Moden Mampu Lahirkan Generasi Islamik Moden Bertaraf AntarabangsaRizq Islamic School Buktikan Sekolah Aliran Tahfiz Moden Mampu Lahirkan Generasi Islamik Moden Bertaraf Antarabangsa memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA