Pendidikan Kesenian Dilaksanakan secara Berasingan sebagai Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Menggantikan Mulai Tahun Hadapan

 

Pendidikan Kesenian Dilaksanakan secara Berasingan sebagai Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Menggantikan Mulai Tahun Hadapan. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin berkaitan pelaksanaan Pendidikan Kesenian bagi tahun hadapan dan untuk tahun-tahun seterusnya.

Perkara ini adalah berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2019 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN KSSR (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN MUZIK BAGI MENGGANTIKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESENIAN MULAI TAHUN 2020 bertarikh 7 November 2019.

TUJUAN

Surat pekeliling ikhtisas ini bertujuan rnemaklumkan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik bagi menggantikan mata pelajaran Pendidikan Kesenian mulai tahun 2020.

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil 8 2018 bertarikh 20 Julai 2018 telah memutuskan mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Kesenian dilaksanakan secara berasingan sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik bermula tahun 2020.

TAFSIRAN

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan dua mata pelajaran yang menggantikan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam KSSR (Semakan 2017).

PELAKSANAAN

Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik adalah seperti berikut:

  1. Dilaksanakan mulai tahun 2020 di Tahun 1 hingga Tahun 4. Perincian pelaksanaan adalah seperti dalam Lampiran 1.
  2. Menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik. DSKP boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum.
  3. Peruntukan masa minimum setahun ialah 32 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan 16 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik. Bagi setiap sesi pengajaran dan pernbelajaran (PdP), Pendidikan Seni Visual dilaksanakan satu jam manakala bagi Pendidikan Muzik dilaksanakan 30 minit.
  4. Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik diajar aleh guru opsyen
  5. Menggunakan buku teks KSSR Pendidikan Kesenian sedia ada sehingga buku teks KSSR Pendidikan Seni Visual dan KSSR Pendidikan Muzik diterbitkan secara berasingan.
  6. Menggunakan templat perekodan dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik. Templat perekodan dan pelaporan PBD boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum.
  7. Menggunakan Geran Per Kapita (PCG) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah mengikut surat pekeliling kewangan yang sedang berkuat kuasa.

TARIKH KUAT KUASA

Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2020 dan perlu dibaca secara bersama dengan SPI Bilangan 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017.

  • Sehubungan dengan itu, pindaan dibuat terhadap Lampiran 1, Lampiran 2, Lampiran 3, Lampiran 5, Lampiran 6 dan Lampiran 7¬† dalam SPI Bilangan 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 manakala bagi Lampiran 4, tidak berlaku sebarang pindaan.

Lampiran 1

Lampiran 2

Mata pelajaran Sains menggantikan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

  1. * Jumlah jam setahun untuk pelaksanaan Tasmik dalam Program j-QAF.
  2. * Jumlah tidak termasuk Tasmik
  3. * Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik menggantikan mata pelajaran Pendidikan Kesenian.

  • Lampiran 11 dalam SPI Bilangan 8 Tahun 2016 adalah terbatal.

 

  • Lampiran yang telah dipinda disertakan dalam SPI ini.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Pihak YBhg. Datukituan puan diminta mengambil tindakan sewajamya dan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan semua sekolah termasuk sekolah swasta yang berkaitan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/tuan/puan.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pendidikan Kesenian Dilaksanakan secara Berasingan sebagai Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Menggantikan Mulai Tahun Hadapan memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.