Pakej Mata pelajaran Baharu pada Peringkat Menengah Atas Mulai 2020 ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 Tahun 2019 yang baru sahaja dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2019 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI TAHUN 2020
TUJUAN
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Menengah Atas) dan pelaksanaan pakej mata pelajaran di semua sekolah menengah termasuk pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pertambahan mata pelajaran mulai tahun 2020.
LATAR BELAKANG
Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tingkatan 1 pada tahun 2017.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) disemak seiring Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatit dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing pada peringkat global.
PPPM 2013-2025 turut mencadangkan KSSM menggunakan peruntukan masa dalam jam setahun untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
KPM bertanggungjawab untuk membangunkan potensi murid berdasarkan kecenderungan, minat dan kebolehan. Melalui pelaksanaan pakej mata pelajaran menengah atas, akses kepada gabungan mata pelajaran yang menarik dan berdaya maju perlu dilaksanakan sebagai pilihan laluan akademik dan kerjaya setiap murid.
TAFSIRAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 Akta 550. Pelaksanaan KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
PELAKSANAAN
- Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran
KSSM termasuk Pendidikan Khas yang disediakan oleh KPM. - Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSM perlu merujuk lampiran yang berikut:
- Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas-Lampiran 1; dan
- Mata Pelajaran Elektit dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)-Lampiran 2.
- Sehubungan dengan itu, Lampiran 2 dan Lampiran 3 dalam SPI KPM Bil 9 Tahun 2016 adalah terbatal.
- Panduan pelaksanaan pakej mata pelajaran menengah atas mulai tahun 2020 adalah seperti di Lampiran 3.
- Waktu PdP bagi mata pelajaran KSSM adalah mengikut jam setahun dan jadual waktu sedia ada boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, bagi Pendidikan Khas waktu PdP adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
- Pelaksanaan Pendidikan Sivik di peringkat menengah atas perlu dilaksanakan selaras dengan Surat Siaran Bilangan 7: Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019 bertarikh 3 Jun 2019.
TARIKH KUAT KUASA
Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuat kuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2020.
SPI ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI KPM Bil 9 Tahun 2016 bertarikh 2 November 2016.
Dapatkan “SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2019 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI TAHUN 2020” di sini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : SPI KPM BIL 6 2019
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
- Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Korea dan Bahasa Cina Komunikasi adalah menggunakan guru di luar norma.
- Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Contorming tertakluk kepada surat KP(BS)850215006 (22) bertarikh 16 November 2000.
- *Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada Tahun 2021.
- * Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.
- * Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil 9Tahun 2019).
- Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatit, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil 9 Tahun 2019.
- * Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.
- * Murid yang mengambil mata pelajaran Sains Tambahan tidak boleh mengambil bersama-sama mata pelajaran Sains Tulen. Walau bagaimanapun, murid digalakkan untuk untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan sebagai kombinasi.
- Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) periu merujuk kepada Surat Siaran Bil 11 Tahun 2019
PANDUAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS MULAI TAHUN 2020
LATAR BELAKANG
Pelaksanaan KSSM pada tahun 2017 mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi keperluan negara. Sehubungan dengan itu, KPM bertanggungjawab membangunkan potensi murid berdasarkan kecenderungan, minat dan kebolehan. Perkara ini memerlukan akses kepada gabungan mata pelajaran yang menarik dan berdaya maju sebagai pilihan laluan akademik atau kerjaya setiap murid.
Pakej mata pelajaran menengah atas ini memberi peluang untuk murid mengenal pasti dan memilih mata pelajaran yang bersesuaian mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dalam konteks pembelajaran di menengah atas bertepatan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Program Matrikulasi, pengajian Tingkatan Enam, institut pengajian tinggi atau menceburi bidang kerjaya pilihan.
Pakej mata pelajaran menengah atas yang disediakan dapat memudahkan pihak sekolah untuk membuat perancangan penawaran mata pelajaran dan pakej yang sesuai untuk murid bergantung kepada kemudahan dan guru di sekolah.
PELAKSANAAN
Murid perlu mengikuti tiga kumpulan mata pelajaran yang dikategori sebagai mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektit. Mata pelajaran teras ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan IslamPendidikan Moral. Manakala, mata pelajaran wajib yang perlu diikuti oleh murid ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Murid perlu mengambil semua mata pelajaran teras, walau bagaimanapun pengecualian bagi mata pelajaran Sains danatau Pendidikan Islam diberikan kepada murid yang mengambil gabungan mata pelajaran elektit sains tulen dan/atau elektit pengajian Islam.
Perincian pengecualian mata pelajaran teras Sains atau Pendidikan Islam adalah seperti yang berikut:
- murid yang mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia, Biologi) dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras
Sains dan/atau - murid yang mengambil mana-mana kombinasi mata pelajaran berikut dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras Pendidikan Islam:
- Pendidikan al-Quran & al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah;
atau - Turath Dirasat Al-lslamiah dan Turath Al-Quran wa Al-Sunnah; atau iii. Usul Al-Din dan Al-Syariah.
- Pendidikan al-Quran & al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah;
Pemilihan gabungan mata pelajaran elektit menengah atas adalah berdasarkan pakej yang mempunyai nilai tambah kepada murid. Pakej ini dibina berasaskan kepada keperluan murid untuk menyambung pengajian ke peringkat tertiari seperti universiti, Program Matrikulasi, pengajian Tingkatan Enam, politeknik, kolej komuniti dan institusi lepasan menengah yang lain. Di samping itu, pakej ini juga mengambil kira keperluan badan protesional serta laluan bidang kerjaya yang diminati murid.
Dua pakej mata pelajaran elektit yang ditawarkan adalah pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pakej Sastera dan Kemanusiaan. Murid boleh mengambil gabungan mata pelajaran elektit daripada kumpulan Elektit STEM, Elektit Pengajian Islam, Elektit Bahasa serta Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Walau bagaimanapun, pemilihan mata pelajaran tersebut bergantung kepada kesediaan sekolah untuk menawarkan seperti di para 3.
Pakej STEM
Murid yang mengikuti pakej STEM hendaklah mematuhi satu kriteria yang berikut:
- mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau
- mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektit STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektit STEM; atau
- mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektit STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran yokasional (MPV).
Pakej STEM seperti para 8.1 memberi peluang bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi sains, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan Enam seperti dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.
Contoh kombinasi semua mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan yang dipelajari oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
Pakej STEM pada para 8.2 memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyambung pelajaran pada peringkat tertiari dan menceburi laluan kerjaya dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan, sains komputer, reka bentuk, teknologi pembuatan, perakaunan dan lain-lain.
Contoh kombinasi mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektit STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektit bukan STEM yang dipelajari oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
Pakej STEM pada para 8.3. pula memberi peluang kepada murid untuk menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang menjurus kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk tesyen, hospitaliti, reka bentuk media (new media design) dan sebagainya.
Contoh kombinasi sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektit STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran bagi kategori ini adalah seperti berikut:
Pakej Sastera dan Kemanusiaan
Pakej ini memberi peluang kepada murid untuk mengambil gabungan mata pelajaran yang terdiri daripada kumpulan elektit Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.
Murid yang memilih pakej ini berpeluang menyambung pelajaran atau kerjaya dalam pelbagai bidang berkaitan. Contoh gabungan mata pelajaran elektit yang terdiri daripada kumpulan elektit Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas danatau SATU mata pelajaran elektit STEM kecuali MPV yang boleh diambil oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
Mata pelajaran pengkhususan di Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dikelompokkan di bawah pakej ini. Mata pelajaran pengkhususan di SSeM penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat muda negara serta menjamin penjanaan pelapis penggiat seni dan pereka bentuk di Malaysia. Di samping mengembangkan bakat seni, murid juga mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti rakan sebaya mereka di sekolah lain.
KESIMPULAN
Pakej mata pelajaran menengah atas adalah sejajar dengan aspirasi PPPM
2013- 2025 dan hasrat KPM dalam memastikan lebih ramai murid peringkat menengah atas dapat membuat pilihan pakej mata pelajaran yang sesuai dengan kecenderungan, minat dan kebolehan serta memberi nilai tambah untuk meneruskan pendidikan pada peringkat tertiari atau menceburi bidang kerjaya.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pakej Mata pelajaran Baharu pada Peringkat Menengah Atas Mulai 2020 ini memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.