Kekosongan Jawatan Kader bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Agensi Luar dari KPM

 

Presentation1 4

Kekosongan Jawatan Kader bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Agensi Luar dari KPM ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri melalui portal rasminya pada 26 November 2019 yang lalu.

Umum sedia maklum, jawatan Kader adalah jawatan yang dimiliki oleh sesebuah Kementerian/ Jabatan yang diwujudkan di pelbagai agensi berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dilakukan dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. Misalnya, jawatan Jururawat boleh diwujudkan sebagai jawatan kader di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Kesihatan, KKM.

Pewujudan jawatan kader adalah digalakkan bagi mengelakkan wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan kecil tertutup di sesebuah organisasi. Perwujudan jawatan kader ini akan memberi peluang yang lebih luas bagi maksud pertukaran dan kenaikan pangkat kepada penyandang-penyandang dalam perkhidmatan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

Document1

Document11

Document12

Document13

Kelayakan Umum

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  4. Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi 3 tahun terkini (2016-2018).
  5. Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  6. Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Syarat Khusus

  1. Merupakan guru sekolah menengah.
  2. Mempunyai ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A (121 KB) .
  3. Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  4. Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun.
  5. Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/ Agensi luar dari KPM.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di Lampiran B (156 KB) .
  2. Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
  3. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada noraizawati.amanaf@moe.gov.my .
  4. Hanya calon yang memenuhi syarat seperti di para 1 dan 2 sahaja yang layak memohon.
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan akan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Disember 2019 (Isnin). Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Guru, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7769 / 7828.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kekosongan Jawatan Kader bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Agensi Luar dari KPM memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.