Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas Boleh Dilantik Menjadi Warden Asrama

 

Presentation1 3

Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas Boleh Dilantik Menjadi Warden Asrama ini adalah berdasarkan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 20 November 2019 melalui surat siarannya yang bertajuk Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 Dan Ke Atas Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Umum sedia maklum, tatacara pelantikan warden asrama di bawah Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil 6.1995 bertarikh 16 Mac 1995 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa pelantikan warden asrama boleh dibuat daripada kalangan guru-guru pensyarah, Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) dan Penyelia Asrama.

Namun begitu, Kementerian mendapati terdapat kesukaran pada peringkat sekolah bagi mendapatkan calon yang berminat untuk dilantik sebagai warden asrama. Oleh yang demikian, bagi menambah baik tatacara pelantikan warden asrama sedia ada, pelantikan warden asrama boleh diperluaskan kepada semua kakitangan bukan guru gred 19 dan ke atas di sekolah-sekolah di bawah KPM.

Keputusan ini hendaklah dibaca bersama dengan SPK Bil 6/1995. Walau bagaimanapun, keutamaan harus diberikan kepada guru akademik di sekolah tersebut dan pelantikan sebagai warden asrama daripada kalangan kumpulan pelaksana tidak menjejaskan tugas hakikinya.

Pelaksanaan tuntutan Elaun Ketua Warden dan Warden Asrama adalah masih tertakluk kepada pematuhan syarat dan peraturan seperti di Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bilangan 3 Tahun 1997 bertarikh 22 Julai 1997.

Anda boleh memuat turun Surat Siaran ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Surat  Siaran yang Berkaitan” di sini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 Dan Ke Atas Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas Boleh Dilantik Menjadi Warden Asrama memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.